Majlis Watikah Perlantikan MPDT Sidang 2012/2013

 

majliswatikah1

Tarikh keramat 3 Oktober 2012 menjadi penentu dan batu aras kepada para exco dan Majlis Tertinggi pimpinan Tekun. Secara rasminya 38 orang yang terpilih telah menjadi keluarga pimpinan Desasiswa Tekun. Mereka menerima watikah perlatikan mereka di Dewan Utama Desasiswa yang telah dihadiri oleh Penggawa Desasiwa Tekun Iaitu Dr Nazarudin Bin Zainun, Penolong Penggawa Dr Hasanah Binti Abd Khafidz dan Penolong Penggawa Puan Siti Hawa Binti Mat Junoh serta Felo Desasiswa Tekun Encik Helmi Samsuddin.

Mereka sudi datang dan menyampaikan amanat dan pesanan mereka kepada Majlis Tetinggi serta exco-exco baru sidang ini. Antara intipati ucapan mereka adalah para pimpinan tekun yang baru ini hendaklah bertanggungjawab, amanah dalam kerja mereka bagi memastikan Desasiswa Tekun menjadi desasiwa paling unggul. Mereka sendiri telah menyampaikan watikah itu kepada seluruh pimpinan baru serta bekas bekas exco dan majlis tertinggi sidang lepas bagi menghargai jasa dan kepimpinan mereka. Justeru, diharap dengan secara rasminya kepada pimpinan baru telah dilantik terus bekerjasama memacu keunggulan Tekun dalam semua aspek, maka semoga Desasiswa Tekun lebih unggul dan terus memacu transformasi, visi dan misi Universiti Sains Malaysia dan agar menjadi desasiswa yang paling cemerlang.  Berikut sidikit sisipan suasana majlis tersebut:

 

KETEKUNAN ASAS KEUNGGULAN

majliswatikah2