Sambutan Maulid al-Rasul dan Memasak Bubur Lambuk Meriah

Aktiviti

Tanggal 12 Rabiul Awal 1411H sangat bererti bagi umat Islam. Begitu juga bagi majoriti penghuni Desasiswa Tekun yang beragama Islam. Ia dihayati dengan penuh syukur dan keinsafan sempena Sambutan Kelahiran Rasulullah (s.a.w.). Sempena dengan peristiwa ini, pada 13 Mac 2010, Desasiswa Tekun telah menjadi tuan rumah bagi Sambutan Maulid al -Rasul dan Memasak Bubur Lambuk di Kompleks Desasiswa Restu, Saujana & Tekun.

Dengan usahasama Desasiswa Restu dan Saujana, sambutan ini dimulakan dengan perarakan di sekeliling Kompleks RST dengan bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pada jam 8.00 pagi. Langkah beriringan yang disulami zikir dan selawat dihayati dengan penuh keinsafan sekaligus meperkukuhkan lagi ukhwah siraturahim antara staf dan penghuni ketiga-tiga desasiswa.

Setelah selesai berarak semua staf dan penghuni Desasiswa Restu, Saujana dan Tekun berkumpul dan dan bergotong royong untuk menyedikan bahan masakan dan seterusnya memasak bubur lambuk. Usaha memasak bubur lambuk beramai-ramai dapat mengekalkan tradisi gotong-royong yang berakar umbi dalam budaya Malaysia. Bubur lambuk tersebut diagihkan kepada semua penghuni Restu, Saujana, Tekun dan juga pegawal keselamatan yang bertugas. Sambutan ini dianggap berjaya kerana mencapai matlamat yang disasarkan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi melibatkan diri dalam program ini.