Pemantun Tekun Hebat!

 Aktiviti

Pertandingan Pantun Antara Desasiswa Universiti Sains Malaysia atau lebih dikenali sebagai PADU merupakan acara tahunan di USM. Pada tahun ini, pemantun dari Desasiswa Tekun sekali lagi mengharumkan nama Tekun apabila berjaya memberikan saingan sengit dalam pertandingan yang diadakan seterusnya menggondol tempat ketiga keseluruhan.

 Kali ini, pemantun Tekun diwakili oleh Siti Nurlina, Mohd. Adnin dan juga Nurul Hamiyah serta seorang pemantun simpanan. Berikut ialah beberapa gambar yang sempat dirakamkan.

 

Tahniah kepada para pemantun kita dan terima kasih kepada semua yang terlibat.