Majlis Iftar Jama'i tahun 2009

Pada 12 September 2009, bersamaan hari Sabtu, Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) telah mengadakan Majlis Iftar Jama’I Tahun 2009 bertempat di Dewan Utama Desasiswa (DUD) Kompleks RST. Program ini telah mengisi aktiviti para pelajar bersempena kehadiran bulan Ramadhan Al- Mubarak.

 

Pihak pengurusan Desasiwa Tekun, Penggawa-penggawa (atau wakil), wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Yang-Dipertua MPD (atau wakil) dan penghuni Tekun telah menghadiri majlis ini. Majlis ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Profesor Omar bin Osman, Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar.

Selain itu, MPDT turut mengundang pensyarah dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, Ustaz Atikullah bin Abdullah untuk menyampaikan ceramah yang bertemakan ”Raikan Ramadhan, Eratkan Ukhwah, Lestarikan Ummah.” Pada jam 7.30 malam diadakan sesi kudapan dan solat Maghrib berjemaah. Selepas makan malam, diadakan solat isyak, terawih, solat witir dan solat hajat berjemaah.

Program ini tidak dikhususkan hanya kepada para pelajar beragama Islam, tetapi juga melibatkan para penghuni bukan Islam. Diharapkan dengan adanya program ini, ukhwah para pelajar dan pihak pengurusan sama-sama dapat dieratkan seiring dengan semangat perpaduan yang ingin kami terapkan.

 

 

 

 

 Profesor Omar bin Osman, Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar menyampaikan ucapan perasmian beliau.

 

 

Tetamu khas yang hadir menjamu selera bersama-sama.