Majlis Penyerahan Mandat Majlis Penghuni Desasiswa Tekun

Majlis Penyerahan Mandat Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) sidang 2009/2010  telah diadakan pada 31 Ogos 2009 (Isnin) bertempat di Dewan Utama Desasiswa (DUD) Kompleks RST. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr Nazarudin Zainun selaku Penggawa Desasiswa Tekun. Majlis ini diadakan untuk melantik ahli jawatankuasa Majlis Penghuni Desasiswa Tekun secara rasmi.

Perlantikan ini sehubungan dengan peralihan ahli Majlis Penghuni Desasiswa Tekun sidang lepas (2008/2009) kepada ahli jawatankuasa yang baru sidang (2009/2010). Penyerahan sijil akan diadakan sebagai simbolik perlantikan ini.

Majlis ini ditamatkan dengan makan malam dan sesi bergambar.

 

 

Mohamad Hafiz B Muhammed Marzukhi selaku Yang Dipertua MPDT Sidang 2009 / 2010

 

menerima mandat daripada Dr Nazarudin Zainun.

 

 

Dr Nazarudin Zainun merasmikan majlis dengan membunyikan gong.

 

 

Semua ahli Majlis Tertinggi dan Exco MPDT bergambar bersama pihak pengurusan Desasiswa Tekun.