Kemasukan Pelajar Antarabangsa ke Desasiswa Tekun Sidang 2009/2010

Tanggal 24 Jun 2009 menjadi sejarah bagi seramai hampir 50 siswa antarabangsa

apabila mereka mula mendaftarkan diri sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia yang terpilih untuk menginap di Desasiswa Tekun. Keceriaan di wajah mereka amat jelas sekali memandangkan ini merupakan kali pertama bagi sesetengah mereka menjejakkan kaki di Malaysia dan secara khususnya di USM.

Bagi kemasukan Sidang 2009/2010 ini, pelajar antarabangsa yang menginap terdiri dari pelbagai negara. Antaranya adalah China, Indonesia, Arab Saudi, Thailand, Iran dan lain-lain lagi.