Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir 2010-2011 dan Selamat Bercuti

Berita

Semester Ke-2 akan berakhir pada 6 Mei 2011 dan sebelum itu siswa siswi D'Tekun akan menghadapi peperiksaan akhir bagi sidang ini. Semoga siswa siswi dapat menempuh peperiksaan ini dengan jayanya dan beroleh keputusan yang cemerlang. 

Bagi mereka yang menghadapi semester ke-2 ini sebagai semester terakhir di USM, anggaplah perjuangan anda ini adalah perjuangan terakhir. Anda sedang berada di penghujung perjuangan sebagai siswa-siswi ijazah pertama. Kepada mereka yang telah menempa keputusan cemerlang sepanjang 5 semester yang lalu, TAHNIAH! diucapkan dan semoga peperiksaan terakhir yang bakal menjelang tidak dijadikan noktah perjuangan kerana perjuangan belum berakhir. Kepada yang masih belum mencapainya, tekadkan azam dan kuatkan semangat untuk sekurang-kurangnya mengekalkan diri anda di zon yang selesa sebelum anda melangkah lebih jauh ke alam kerjaya. Untuk semua siswa-siswi D'Tekun - SYABAS!