SUKAD Fasa 1

2 hingga 4 Disember 2011 dan 9 hingga 11 Disember 2011,Desasiswa Tekun dengan kerjasama Majlis penghuni Desasiswa Tekun(MPDT) 

sidang 2011/2012 akan menyertai projek sukan antara

desasiswa atau dikenali sebagai SUKAD fasa 1.

Walaupun temasya ini adalah diadakan pada julung-julung kalinya Desasiswa Tekun

tidak pernah mengeluh atau tidak sama kali mengaku kalah malah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Tujuan Sukad fasa 1 diadakan adalah bertujuan untuk

2.1 Mengilap dan mencungkil bakat atlit penghuni Desasiswa Tekun dalam acara sukan.

2.2  Melahirkan atlet yang mampu mewakili universiti dan seterusnya mewakili Negara.

2.3 Menerapkan sikap bekerjasama dalam kumpulan di samping merapatkan hubungan silatulrahim antara penghuni dan penghuni desasiswa lain.

Berikut merupakan senarai aktiviti sukad fasa 1 minggu pertama dan kedua.

FASA 1,MINGGU PERTAMA- 2 HINGGA 4 DISEMBER 2011( KAMPUS INDUK)

FASA 1,MINGGU KEDUA- 9 HINGGA 11 DISEMBER 2011(KAMPUS KEJURUTERAAN)

PIhak-pihak yang terlibat dalam aktiviti ini adalah seperti berikut

4.1 Penggawa,penolong penggawa dan pihak pengurusan desasiswa Tekun.

4.2 YDP,NYDP serta Majlis Tertinggi dan Exco-Exco MPDT.

4.3 Semua penghuni desasiswa Tekun.

Bertempat di kampus induk USM dan Kompleks Sunshine,acara-acara yang diadakan bagi minggu pertama ialah: 

1.BOLA SEPAK

2.SKUASY (L/W)

3.TENPIN BOLING (L/W)

4.BOLA TAMPAR (W)

5.MEMANAH (L/W) 

6.HOKI 9 SEBELAH (W)

7.SOFTBALL(L)

8.RENANG(L)

9.BOLA KERANJANG(L)

Bertempat di Kampus Kejuruteraan USM, acara-acara yang dipertandingkan bagi minggu kedua adalah seperti berikut : 

1.PING PONG (L/W)

2.SENAMROBIK (L/W)

3.SEPAK TAKRAW

Diharapkan atlit penghuni Desasiswa Tekun dapat mencapai pencapaian yang terbaik berbanding tahun lepas. Diharapkan juga kerjasama pihak pengurusan dan jawatankuasa yang diberi kuasa dapat melicinkan perjalanan sepanjang kejohanan ini berlangsung dengan baik dan saksama.

Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.