Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Desasiswa Tekun 2011/2012

 

 Pada 27 November 2011, Majlis Tilawah Al Quran peringkat desasiswa Tekun dijalankan khusus kepada mahasiswa dan mahasiswi bertujuanuntuk mencungkil bakat baru mahupun lama yang akan mewakili desasiswa Tekun dalam Majlis Tilawah Al Quran. 

Selepas sesi pemilihan qari dan qariah, enam kali sesi latihan akan diadakan untuk memantapkan lagi kemahiran dalam membaca Al Quran.

Seramai 6 orang peserta yang di antaranya terdiri daripada 2 orang peserta lelaki dan 4 lagi peserta perempuan.

Objektif majlis tilawah ini diadakan adalah bertujuan untuk

1.1 Membina keyakinan diri para pelajar universiti dalam menyampaikan bacaan Al Quran.

1.2 Meningkatkan nilai-nilai murni dan rasa keinsafan dalam diri para pelajar universiti supaya berpegang pada ajaran  Al-Quran.

1.3 Memantapkan pembacaan ayat suci Al Quran dari setiap aspek seperti taranum, tajwid, fasahah dan suara.

1.4 Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti bukan sahaja dalam bidang akademik malah cemerlang dalam  ko-kurikulum.

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat desasiswa Tekun pada kali ini diharapkan mendapat kerjasama daripada semua pihak sekaligus dapat berlangsung dengan jayanya. Peserta yang terpilih untuk mewakili desasiswa Tekun diharapkan dapat bertanding dengan bersungguh-sungguh demi mengharumkan nama desasiswa Tekun. Jawatankuasa pelaksana program juga mengharapkan agar majlis ini dapat mencapai objektif dan matlamat demi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.