Kem Exco 2011/2012

Indeks Artikel

Pada 29 Oktober yang lalu, Kem Exco MPDT telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat Tekun dan dirasmikan oleh Penggawa Desasiswa Tekun, Dr. Nazarudin Zainun. Objektif kem ini diadakan adalah bagi melatih para exco MPDT untuk lebih bersedia dan mengetahui perlaksanaan sistem organisasi MPDT dengan lebih cekap dan efisien

 di samping memupuk kerjasama antara exco, Majlis Tertinggi dan Pihak Pengurusan.  Antara tentatif yang dikemukakan dalam kem ini adalah seperti ice-breaking, pembentangan kertas kerja dan projek setiap portfolio, ceramah komunikasi oleh Puan Siti Hawa, Etika Kerja Berpasukan oleh Dr.Hasanah, Pengurusan Kewangan oleh Puan Hajah Rukiah, dan Sejarah Desasiswa Tekun oleh Dr. Nazarudin Zainun.

Tidak lupa juga kepada Yang Di- Pertua MPP Universiti Sains Malaysia, Muhammad Idzuan Jamalludin yang dijemput hadir bagi berkongsi pengalaman sepanjang penglibatannya dalam organisasi Universiti Sains Malaysia.

Intipati yang diperolehi sepanjang kem ini berlansung antaranya adalah seperti para exco berpeluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut sistem organisasi MPDT, dapat menguruskan kewangan dan perbelanjaan dengan lebih bijak dan kepentingan komunikasi dalam kehidupan seharian sama ada realiti ataupun komunikasi alam maya. Selain itu, para exco didedahkan juga sedikit sebanyak sejarah Desasiswa Tekun.

Dalam tentatif pembentangan kertas kerja, exco dapat meningakatkan keyakinan diri masing -masing dan berkeupayaan untuk melakukan penambahbaikan dalam proses menghasilkan kertas kerja untuk projek akan datang.

Keseluruhannya, kem ini telah berlansung dan berakhir dengan jayanya dan kemungkinan besar akan disusuli pula Kem Exco peringkat kedua akan datang yang lebih bersifat ketahanan fizikal. Diharapkan segala aktiviti yang dijalankan dalam Kem Exco ini mampu menjana para exco untuk menjalankan tanggujawab yang dipimpin dengan penuh sabar dan beretika. InsyaAllah.