Lawatan ke Rumah Orang Tua Darul Hanan

 darulhanan1

Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Kita sebagai anak hendaklah menghormati orang yang lebih tua dari kita. Tapi, dengan kedatangan zaman milleneum  ini, acap kali kita lihat orang muda sudah tidak menghormati orang tua, nasib mereka begitu malang angkara anak-anak derhaka dan jahil yang tidak tahu mengenang budi dan jasa ibu bapa. Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan.

Kesimpulannya, diatas kesedaran itulah, pihak Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) telah menganjurkan satu program lawatan ke rumah orang tua pada 8 Disember yang lalu. Rumah Orang Tua Darul Hanan telah dipilih untuk lawatan tersebut. Seramai 30 orang peserta telah menyertai lawatan tersebut.

Para peserta program telah sampai ke Rumah Orang Tua Darul Hanan selepas 40 minit betolak dari USM. Pelbagai aktiviti telah dirangka oleh sekretariat untuk program ini. Antara program yang telah dilaksanakan ketika berada di Rumah Orang Tua Darul Hanan ialah beramah mesra dengan penghuni Darul Hanan, mengemas kediaman penghuni dan mengecat semula pemegang besi di sekitar kediaman mereka.

Pelbagai reaksi dapat dirakam ketika para peserta berada di Rumah Orang Tua Darul Hanan. Sedih, gelak tawa, kegembiraan jelas terpampang sewaktu melawat golongan yang kurang bernasib baik ini. Jelas,dengan berlangsungnya projek ini, bukan sahaja menggembirakan dan menceriakan para penghuni Darul Hanan, malah dapat menyedarkan para peserta yang rata-rata masih muda dan mempunyai ibubapa agar mereka lebih menghargai dan menyayangi ibubapa mereka. Ini bukan satu projek yang sia-sia. Banyak pengisian, pengajaran dapat dipelajari oleh para peserta.

Berikut sedikit gambaran ketika program dilangsungkan :

“KETEKUNAN ASAS KEUNGGULAN”

“DESASISWA TEKUN PRIHATIN”  

 darulhanan2