Majlis Pembubaran MPDT Sidang 2010/2011 Dan Majlis Watikah Perlantikan MPDT Sidang 2011/2012

Indeks Artikel

Assalamualaikum dan salam 1 Tekun,dengan kerjasama pihak pengurusan dan badan-badan exco sidang 2011/2012 Majlis Pembubaran MPDT Sidang 2010/2011 dan Majlis Watikah Perlantikan MPDT Sidang 2011/2012 telah diadakan pada 19 Oktober 2011. Majlis ini diadakan bagi memperingati jasa mantan exco MPDT sidang lalu di samping mengeratkan hubungan silaturahim.  Dengan kerjasama pihak pengurusan yang hadir dan turut serta memeriahkan majlis memberikan impak yang besar dalam sistem organisasi MPDT di mana mantan exco dan barisan exco sidang 2011/2012 berpeluang untuk beramah mesra dan melakar 1001 kenangan bagi memajukan lagi diri sepanjang berkecimpung dalam organisasi ini.

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Segala puji bagi Allah swt, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w, para sahabat dan seluruh generasi yang beriman kepada Allah swt.

Bagi pihak Pengurusan Desasiswa Tekun, saya ingin mengucapkan selamat berkampung di Desasiswa Tekun. Diharapkan para penghuni sekelian dapat tinggal dengan selesa dalam desasiswa ini serta dapat berkongsi menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan baik dan beretika

Penghuni Desasiswa Tekun sekelian,

Pada masa ini, Desasiswa Tekun telah pun mempunyai barisan kepimpinan Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) untuk sidang 2011/2012. Syabas diucapkan kepada semua ahli Majlis Tertinggi, exco, pembantu exco dan penguasa blok yang telah dan akan dilantik. Diharapkan tanggungjawab yang terpikul dapat dijadikan wadah dan peluang untuk mengasah bakat kepimpinan di samping menabur bakti kepada warga Tekun dan masyarakat secara amnya. Bagi para penghuni Desasiswa Tekun pula, saya amat berharap agar anda tidak lokek menyumbang tenaga, masa dan buah fikiran dengan melibatkan diri dalam program-program yang telah dirangka oleh MPDT sidang ini untuk meningkatkan kemahiran insaniah dan semangat hidup bermasyarakat. Suka juga saya mengingatkan bahawa penglibatan dalam program-program yang dijalankan akan dapat membantu para penghuni dalam mengutip mata MyCSD bagi membolehkan anda terus menetap di desasiswa ini pada masa akan datang.

Selain melibatkan diri dalam program ini, saya juga berharap agar para penghuni dapat meningkatkan penumpuan dalam pembelajaran. Dalam masa yang sama, sebagai ahli dalam sebuah keluarga besar Desasiswa Tekun, saya ingin mengingatkan para penghuni agar sentiasa mematuhi peraturan desasiswa yang telah dirangka untuk menjamin kesejahteraan hidup dalam sebuah keluarga besar Desasiswa Tekun. Jadilah pelajar cemerlang yang kuat berpegang kepada disiplin dan akhlak yang mulia. Anda semua adalah pemangkin kepada kemajuan desasiswa, universiti dan negara.

Akhir kata, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha bagi penghuni yang beragama Islam. Maaf zahir dan batin.
 
Salam hormat,

Dr Nazarudin bin Zainun
Penggawa
Desasiswa Tekun
Universiti Sains Malaysia