Majlis Pembubaran MPDT Sidang 2010/2011 Dan Majlis Watikah Perlantikan MPDT Sidang 2011/2012

Indeks Artikel

 

 Assalamualaikum dan salam aspirasi..dgn lafaz bismillahirahmanirrahim
 Saya Anis Binti Muhayidin yang diberi mandat sebagai Yang Dipertua Majlis     Penghuni Desasiswa Tekun sidang 2011 dan 2012 mengucapkan syabas dan tahniah kepada editor t-buzz serta pengurus laman web desasiswa tekun  atas usaha yang telah diberikan untuk menggerakkan buletin tekun ini. Diharapkan buletin-buletin ini dapat menjadi medium kepada para penghuni serta barisan majlis penghuni desasiswa tekun melemparkan pandangan serta mengutarakan sebarang permasalahan mahupun berkongsi maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti anjuran desasiswa tekun.
Seterusnya, sebagai sebuah organisasi yang telah diamanahkan untuk menjaga kebajikan para penghuni tekun akan sentiasa berusaha serta melakukan yang terbaik untuk memikul amanah ini dan seterusnya memberi keselesaan kepada saudara saudari sekalian. Kami juga sedang melakukan beberapa perancangan untuk cuba merapatkan jurang antara para penghuni dengan barisan majlis penghuni desasiswa tekun. Diharapkan dengan ukhuwah yang terjalin ini akan memudahkan lagi perhubungan dua hala yang sememangnya menjadi hasrat kami pada sidang ini untuk memberi peluang kepada semua penghuni untuk merasai serta terlibat secara langsung dengan segala aktivit anjuran mpdt mahupun universiti.
Kami barisan MPDT akan cuba memberikan yang terbaik kepada para penghuni sekalian selaras dengan aspirasi kami iatu ‘kebajikan penghuni keutamaan bersama’, kami akan sentiasa memantau dan cuba untuk menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi oleh saudara saudari. Setakat ini, MPDT telah berhubung dengan pihak pengurusan untuk menaik taraf serta menambahbaikan blk rekreasi serta bilik tv di setiap blok. Selain itu juga, usaha kami untuk meletakkan setiap aras dengan khidmat dobi telahpun tercapai dan meletakkan papan kenyataan di lif bagi memudahkan maklumat disampaikan. Insyallah kami akan terus memberikan khidmat terbaik sepanjang sidang ini demi kebaikan bersama.
Akhir kata, saya mewakili barisan MPDT berharap agar dengan adanya medium ini, akan memudahkan lagi perhubungan kita sesame penghuni desasiswa tekun. Di samping itu, saya juga menaruh harapan yang besar kiranya para penghuni dapat menyokong serta bersama-sama menyokong setiap aktiviti anjuran MPDT dan menjadi sebahagian dari kami untuk terus sama-sama menabur budi serta berkhidmat untuk desa yang tercinta ini. Insyallah, dengan adanya sokongan dari saudara saudari sekalian, kami barisan MPDT akan terus setia dan melakukan yang terbaik demi kebaikan bersama serta keunggulan desasiswa tekun. “harapan anda harapan kami jua”.

Yang ikhlas,
Anis binti muhayidin
Yang Dipertua,
Majlis Penghuni desasiswa Tekun,
Sidang 2011/2012,
Universiti Sains Malaysia.