Iklan Permohonan Jawatan Tertinggi Majlis Penghuni Desasiswa, Universiti Sains Malaysia, Sidang Akademik 2011/2012

Iklan

Jawatankuasa Adhoc Pemilihan Majlis Penghuni Desasiswa dengan sukacitanya mengumumkan terdapat empat (4) kekosongan jawatan tertinggi Majlis Penghuni Desasiswa iaitu :
 Yang Dipertua 
 Naib Yang Dipertua 
 Setiausaha Agung 
 Bendahari Kehormat

Sila baca dengan teliti perkara-perkara berikut :

1. Semua jawatan adalah terbuka kepada semua penghuni berdaftar yang layak di desasiswa masing-masing. 
2. Pelajar hanya boleh menghantar SATU (1) permohonan sahaja.  Pelajar perlu menyatakan jawatan yang dipohon. Walau bagaimanapun, kesesuaian untuk menyandang jawatan tersebut tertakluk kepada Panel Pemilihan.  Sila rujuk Perkara (D) TAWARAN LANTIKAN dalam Syarat-syarat Kelayakan Pemohon. 
3. Pemilihan calon yang layak adalah berdasarkan syarat yang telah ditetapkan DAN BERJAYA dalam temuduga yang dilaksanakan oleh Panel Pemilihan. Sila rujuk dan baca dengan teliti Syarat-syarat Kelayakan Pemohon. 
4. Borang permohonan boleh didapati di desasiswa masing-masing ATAU muat turun dengan klik 'save target as...' pada pautan di bawah sekali.

Berikut ialah jadual yang telah ditetapkan :  
1. Pembubaran MPD & Iklan pada 26 September 2011 (Isnin), 9.00 pagi, di Desasiswa masing-masing 

2. Buka permohonan & ambil borang permohonan pada 26 September 2011 (Isnin), 9.00 pagi di Desasiswa masing-masing 
3. Tutup permohonan & hantar borang permohonan pada 29 September 2011 (Khamis), 4.00 ptg di Desasiswa masing-masing 
4. Tempoh penarikan diri pada 29 September 2011 (Khamis) sehingga 5.00 ptg di Desasiswa masing-masing 
5. Hebahan temuduga pada 30 September 2011 (Jumaat), 10.00 pagi di Desasiswa masing-masing 
6. Temu duga – KESIHATAN pada 2 Oktober 2011 (Ahad) 8.00 mlm di Nurani  
   Temu duga – KEJURUTERAAN pada 3 Oktober 2011 (Isnin) 8.00 mlm di Lembaran  
   Temuduga – INDUK pada 5-6 Oktober 2011 (Rabu dan Khamis) 8.00 mlm di Tekun 
7. Keputusan temuduga 7 Oktober 2011 (Jumaat) 2.00 ptg Desasiswa masing-masing

Muat Turun

 

1. Iklan

2. Syarat

3. Borang Permohonan