Bengkel Pembantu Exco Sidang 2012/2013

 bengkelpembantuexco12

Setiap ketua pasti ada pembantunya. Begitulah lumrah realiti dunia sekarang. Namun demikian, di Desasiswa Tekun, telah wujud satu sistem pimpinan yang yang cukup mantap dalam kalangan penghuninya. Majlis Penghuni Desasiswa Tekun ini dipimpin oleh Majlis Tertinggi, kemudiannya exco dan pembantu exco. Perspektif dahulu yang mengaitkan tugas pembantu exco sebagai satu kelompok bawahan yang membantu para exco Majlis Penghuni Desasiswa Tekun menjalankan sesuatu projek telah diubah sama sekali. Malahan semuanya berada di tahap yang sama, tiada beza cuma dipangkal namanya sahaja.

Baru-baru ini pada 21 Oktober 2012 bersamaan hari Ahad. Suatu bengkel Kepimpinan Pembantu Exco telah berjaya dilangsungkan. Dengan tema, ‘Our Superman, We Dont Need Another Hero’, bengkel kepimpinan pembantu exco kali ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhwah kekeluargaan dalam kalangan keluarga besar Majlis Penghuni Desasiswa Tekun. Selain itu,  bengkel ini juga bertujuan membina kecekapan, keyakinan, dan pemantapan dalam diri setiap pembantu exco bagi menghadapi sebarang kerja dan tanggungjawab mereka. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tugas-tugas yang akan dijalankan oleh setiap portfolio. Pembantu Exco yang terdiri daripada penghuni Desassiwa Tekun ini dipilih melalui proses temuduga yang dijalankan serentak ketika pemilihan Exco.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Penggawa Desasiswa Tekun iaitu Dr. Nazarudin Zainun. Bengkel yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang ini  memuatkan 6 modul khas yang direka oleh pengarah projek untuk dilaksanakan oleh setiap pembantu exco. Ternyata, ukhwah yang terbina selama hampir 10 jam ini menguatkan lagi simpulan kasih sesama exco dan pembantu exco. Meletak tepi status yang disandang, setiap exco mahupun pembantu exco berganding bahu menjayakan setiap modul yang telah dirangka.

Keceriaan, kegembiraan dan keseronokan jelas terpancar pada raut wajah setiap pembantu exco.  Aktiviti terakhir yang dinamakan ‘Thanks Sahabat’ menutup tirai bengkel pada hari itu. Modul ini adalah modul refleksi yang paling sayu kerana setiap peserta perlu menulis penghargaan kepada 5 orang sahabat yang paling dihargai oleh mereka. Ternyata, air mata yang tumpah pada akhir modul ini adalah air mata keikhlasan yang hadir dari lubuk jiwa mereka. Apa yang pasti, bengkel kepimpinan pembantu Exco kali ini benar-benar mencapai objektifnya. Paling  membanggakan adalah apabila satu keluarga baru yang bakal bekerjasama dapat mengikat tali persaudaraan yang utuh dan kukuh.

Sebelum majlis bersurai, satu sesi penyampaian sijil penghargaan dilaksanakan bagi menghargai para pembantu exco yang sanggup meluangkan masa untuk hadir ke program ini dan program Bengkel kepimpinan pembantu Exco ini ditutup oleh Penolong Penggawa Tekun iaitu Dr. Hasanah Abd Khafidz. Berikut adalah sedikit sisipan semasa bengkel tersebut :

 bengkelpembantuexco121

Untuk lebih sisipan tentang Bengkel ini. Silalah ke web ini :

http://www.flickr.com/photos/tekun_usm/