Bengkel Exco Sidang 2012/2013

        

bengkelexco12

13 Oktober 2012 hingga 14 Oktober 2012, Desasiswa Tekun telah mengadakan satu bengkel untuk para exco yang baru dilantik. Bengkel exco adalah salah satu program yang dikendalikan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Tekun Sidang 2012/2013. Bengkel ini diadakan pada setiap sidang setelah ahli majlis exco Desasiwa Tekun yang baru dilantik. Ia bertujuan, antara lain memantapkan kepimpinan dalam kalangan exco Majlis Penghuni Desasiswa Tekun. Selain itu, kem ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ahli-ahli Majlis Penghuni Desasiswa Tekun SIdang 2012/2013.


      Objektif bengkel ini adalah untuk melahirkan pemimpin pelajar peringkat desasiwa yang profesional dan berketerampilan. Kedua, mempertingkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran Majlis Penghuni Desasiswa Tekun melalui aktiviti berkumpulan. Dan menyemai semangat kerjasama erat antara ahli-ahli Majlis Penghuni Desasiswa Tekun. Bengkel ini diadakan di bilik mesyuarat Pelajar Tanpa Asrama (PETAS). Pengarah projek ini iaitu Nur Athirah Binti Ahmad Faris telah menjayakan bengkel ini dengan jayanya dengan bantuan beberapa lagi ahli jawatankuasa bengkel ini. Semua pihak telah memberikan kerjasama yang amat baik dan bengkel ini telah berjaya dijalankan.
      Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dr. Nazarudin Zainun merangkap Penggawa Desasiswa Tekun. Selain itu, pada waktu inilah, setiap pengarah projek yang terdiri daripada exco sendiri membentangkan kertas kerja mereka dihadapan para pimpinan Desasiswa Tekun.

Berikut adalah sedikit sisipan gambar di majlis tersebut :

 bengkelexco121