Kafetaria
Kemudahan di kafeteria yang terdapat di Desasiswa Tekun hampir sama dengan kafeteria-kafeteria yang ada di dalam Universiti Sains Malaysia. Antaranya adalah:-
- Kedai Serbaneka/Mini Mart.
- Kafeteria Makanan Ringan dan Makanan Berat turut terdapat disini. Antara menu harian yang disediakan di kafe ini adalah masakan panas, nasi campur bersama pelbagai jenis lauk-pauk, nasi ayam, nasi kerabu, sizzling, western, minuman dan sebagainya. Kafe ini dibuka dari jam 9.30 pagi hingga ke jam 10.00 malam.
- Kafeteria yang menyajikan nasi kampung turut terdapat disini. Kafe ini beroperasi dari jam 12.00 tengahari sehingga jam 9.00 malam. Pelbagai jenis lauk pauk tempatan disediakan disini untuk pelajar nikmati.