Jabatan Keselamatan

Jika ada perkara yang mencemaskan dan pihak pengurusan tidak dapat dihubungi, sila hubungi Jabatan Keselamatan dengan segera!

No. utama: 04 653 4333 >>Kaunter Jabatan Keselamatan

atau 04 653 4330 / 04 653 4434

atau 04 653 2037 >> Pos Keselamatan Kompleks RST

Antara masalah yang boleh diadukan adalah seperti:

  • Ternampak aktiviti yang mencurigakan & mencemaskan seperti ada penceroboh, pencuri, penjenayah dll.
  • Sakit yang memerlukan bantuan segera termasuk memerlukan ambulan.
  • Kehilangan barang peribadi.
  • Kebakaran, banjir, tanah runtuh, bangunan retak dsb.
  • Bekalan elektrik terputus (black-out), paip bocor.
  • Aktiviti berkaitan seksual
  • Sebarang bentuk ancaman, peras ugut, buli dll.

Jabatan Keselamatan telah beroperasi sekian lama dari tahun 1969. Para staf yang berdedikasi sedia berkhidmat 24 jam tidak mengira masa,waktu dan ketika. Justeru itu,jika sebarang masalah timbul, pelajar hendaklah berhubung terus dengan talian hotline Jabatan Keselamatan iaitu 04-6534333. Pakaian semasa berurusan mestilah sopan. Tindakan akan dikenakan kepada staf atau pelajar yang melanggar peraturan yang sedia ada ada.

 Para pelajar diingatkan supaya sentiasa berkeadaan bersiap sedia untuk menghadapai apa jua kemungkinan yang datang untuk mengelakkan musibah yang datang lebih teruk. Justeru itu, nombor-nombor untuk dihubungi sentiasalah update di dalam telefon setiap pelajar kerana ia berguna apabila anda berada dalam keadaan kecemasan.

Janganlah dibiarkan/diabaikan kerana beringat itu lebih baik daripada mencari penawar apabila datangnya musibah.