SUKAD FASA 1, 2 dan 3 2015/2016

 Syabas dan segulung tahniah kepada para atlet, Majlis Penghuni Desasiswa Tekun dan ahli jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan program Sukan Antara Desasiswa (SUKAD) Fasa 1 bagi tahun 2015. SUKAD merupakan aktiviti sukan tahunan bagi Universiti Sains Malaysia dipertandingkan antara desasiswa merangkumi semua kampus iaitu kampus induk, kampus kejuruteraan dan kampus kesihatan. SUKAD merupakan batu loncatan bagi atlet Tekun bagi menyerlahkan bakat di pentas yang sebenar. Objektif utama SUKAD adalah menggilap dan mencungkil bakat penghuni Desasiswa Tekun dalam acara sukan, melahirkan atlet Tekun yang berkualiti untuk ke peringkat seterusnya seperti universiti dan negara dan merapatkan hubungan antara penghuni Tekun dan penghuni desasiswa lain. Sukad fasa pertama telah berlangsung pada  27, 28 dan 29 November 2015 di Kampus Induk,USM. Sebanyak lima acara yang dipertandingkan  iaitu badminton, ping pong, bola sepak,tenpin boling dan bola jaring. Namun nasib tidak menyebelahi desasiswa Tekun kerana tidak merangkul sebarang emas tetapi semangat yang ditunjukkan oleh para atlet jelas menggambarkan masih ada harapan bagi desasiswa Tekun untuk merebut kembali emas pada sidang berikutnya. Berikut merupakan keputusan SUKAD Fasa 1:

PERMAINAN KEPUTUSAN
TENPIN BOLING LELAKI PERAK
BOLA JARING GANGSA
BOLA SEPAK SEPARUH AKHIR
PING PONG PEREMPUAN SEPARUH AKHIR
TENPIN BOLING PEREMPUAN TEMPAT KEEMPAT
BADMINTON LELAKI SUKU AKHIR
BADMINTON PEREMPUAN PERINGKAT KUMPULAN
PING PONG LELAKI PERINGKAT KUMPULAN

 BOLAJARING     BOLA           PINGPONGL                 PINGPONGP

   PASUKAN BOLAJARING                  PASUKAN BOLA SEPAK           PASUKAN PING PONG PEREMPUAN             PASUKAN PING PONG LELAKI 

BADMINTON  

PASUKAN BADMINTON LELAKI