Kursus Pengurusan Jenazah 2015/2016

Pada 12 Disember 2015, Majlis Penghuni Desasiswa Tekun telah menganjurkan projek Kursus Pengurusan Jenazah dengan anjuran bersama Pusat Islam USM untuk julung-julung kalinya di Dewan Muzakarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia (USM). Projek ini bertujuan memupuk nilai-nilai kemanusiaan dan membentuk golongan mahasiswa/i yang dapat berbakti kepada masyarakat melalui ilmu yang dipelajari serta mewujudkan sikap kerjasama dan bertanggungjawab antara para pelajar Universiti Sains Malaysia.

Kursus ini mempunyai dua sesi iaitu sesi teori dan sesi pratikal ( mandi kering). Para pelajar telah diberi tatacara mengurus jenazah sebelum,semasa dan selepas. Selepas itu, sesi praktikal ( mandi kering) telah dijalankan. Kursus ini telah mendapat sambutan daripada para pelajar USM seramai 100 orang.

Natijahnya, projek ini adalah berjaya dan mendapat perhatian daripada para pihak dalam dan luar USM. Diharapkan projek ini pada sidang-sidang depan mendapat sambutan dan penyertaan daripada lebih banyak persatuan anak negeri.

12345623 10204117629701146 7459526747728021006 n