Kata Aluan dari YDP MPDT sidang akademik 2018/2019

 

 

YDP MPDT Nazrin

SAUDARA NAZRIN NAZRIN BIN MD ISSAL

YANG DIPERTUA MAJLIS PENGHUNI DESASISWA TEKUN

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Sayang MPDT

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak pengurusan termasuk Penggawa, Dr Nazarudin dan semua barisan penolong penggawa Desasiswa Tekun yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjawat jawatan Yang Dipertua Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) bagi Sidang Akademik 2018/2019. Tahniah juga diucapkan kepada barisan Majlis Tertinggi, barisan exco dan pembantu exco MPD Tekun kerana telah terpilih untuk bersama menerajui kepimpinan Majlis Penghuni Desasiswa Tekun dalam usaha Menerajui Kepimpinan Masa Hadapan”. Menyedari akan tugas berat ini, saya bersama ahli MPDT akan berusaha menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik.

Sepanjang hampir tiga sidang berada di Universiti Sains Malaysia, banyak proses pembelajaran yang telah saya perolehi bersama keluarga MPDT terutamanya dalam kemahiran pengurusan organisasi dan berkomunikasi. Saya berharap keluarga baharu MPDT dapat memperoleh ilmu seperti yang saya telah perolehi dan dapat mengaplikasikannya di dalam dan luar organisasi. MPDT pada sidang kali ini cuba untuk menerapkan nilai kebolehpasaran di dalam setiap ahlinya. Kehidupan di dunia luar sana penuh dengan cabaran tapi berbekalkan ilmu yang bakal diperoleh dalam MPDT ini, saya yakin ahli MPDT mampu untuk mengharunginya. Ilmu yang diperoleh ini bakal menjadi nilai tambah dalam diri dan sentiasa bersedia untuk tidak bersedia. InshaaAllah dengan niat yang betul, ilmu yang bakal diperoleh dalam MPDT ini merupakan satu titik permulaan untuk lebih bersedia dalam cabaran Revolusi 4.0 dan dalam masa yang sama dapat melahirkan modal insan yang H.E.B.A.T seiring dengan matlamat USM.

Seterusnya, saya menyeru kepada semua penghuni Desasiswa Tekun untuk turut sama terlibat dalam program atau pertandingan antara desasiswa yang bakal dianjurkan oleh MPDT pada sidang kali ini dan terus menjadikan “Desasiswa Tekun Number 1”. Selain itu, saya amat berharap semua ahli MPDT dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam memastikan perjalanan MPDT berjalan lancar mengikut perancangan.

Akhir kata, selaras dengan visi MPDT iaitu menjadikan Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) sebagai sebuah organisasi yang terurus, berstruktur dan stabil dalam menguruskan hal-hal organisasi menjelang tahun 2020 dapat dicapai dengan kerjasama semua ahli MPDT. Selamat maju jaya dan sama-sama kita mencipta kejayaan yang manis untuk Desasiswa Tekun. TEKUN ARE YOU READY?!

Sekian, terima kasih.

“KETEKUNAN ASAS KEUNGGULAN”

“Menerajui Kepimpinan Masa Hadapan”

 

Muhammad Nazrin bin Md Issal

 

Yang Dipertua

Majlis Penghuni Desasiswa Tekun

Universiti Sains Malaysia

Sidang Akademik 2018/2019.