• tekun22 23
  • banner opt 1
  • harmoni2
  • lestari
  • MPDT SIDANG AKADEMIK 2022/2023

PENCARIAN QARI DAN QARIAH MTQ 2020/2021

WhatsApp Image 2021-01-29 at 1.51.32 PM.jpeg

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Tekun Sayang Korang ?

"Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya." (Hadis Riwayat Muslim)

▶️ Anda selalu membaca al-Quran tetapi tidak mengetahui alunan tarannum❓
▶️ Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai alunan tarannum dalam bacaan al-Quran❓
▶️Pernahkah anda mempelajari alunan-alunan tarannum tersebut❓

Kalau pernah, ayuh mantapkan lagi penguasaan anda. Jika belum, mari sama-sama tambah ilmu dan pengetahuan baharu dalam bidang ini✨

Untuk makluman semua, Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) Sidang Akademik 2020/2021 akan menjalankan Latihan Tilawah al-Quran secara atas talian khas buat penghuni Desasiswa Tekun yang berminat untuk mendalami ilmu tarannum.

Latihan ini bukan sahaja bertujuan mencari dan melatih para qari dan qariah yang bakal mewakili Desasiswa Tekun ke Majlis Tilawah al-Quran, namun ia juga bermatlamat untuk mendedahkan dan meningkatkan penguasaan penghuni terhadap ilmu tarannum dan tajwid di samping menyuburkan rasa cinta akan al-Quran.

Usah ditunggu lagi. Marilah sama-sama sertai kami dengan mengisi Google Form di bawah:

https://forms.gle/moWqUv2DNEH1VpTs5

❗❗Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Januari 2021, jam 8:00 malam.

Diharapkan dengan usaha murni ini, kita dapat menjunjung martabat al-Quran sebagai kitab agung dan sama-sama berjuang untuk mengharumkan nama Desasiswa Tekun dalam arena Tilawah al-Quran???

Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Saudari Sarah Najwa, Pengurus Pasukan MTQ Tekun bagi sidang ini di talian 0111-0528269

"Al-Quran Nadi Transformasi Ummah."

Sekian, terima kasih.

#PumpItUpTekun
#TekunNo1
#TekunSayangKorang

 

                           ixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNIixICON-DIREKTORIxICON-CAMPUS ONLINE