Undang-undang & Amalan Kelestarian

Semua penghuni Desasiswa Tekun, Universiti Sains Malaysia adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Ia merangkumi disiplin, penginapan, tatatertib, barang-barang terlarang, undang-undang umum dan lain-lain.

Para penghuni juga hendaklah sentiasa mematuhi notis-notis yang dikeluarkan dari semasa ke semasa yang biasanya akan ditampal di papan-papan kenyataan yang terdapat di sekitar desasiswa. Notis-notis tertentu akan turut dipaparkan dalam laman web ini.

Para penghuni digalakkan 'follow' Instagram Majlis Penghuni Desasiswa Tekun untuk memudahkan proses penyampaian maklumat semasa.

Para penghuni juga dikehendaki mematuhi Polisi Kelestarian Universiti Sains Malaysia (USM) dan apa-apa peraturan berkaitan amalan kelestarian seperti yang ditermaktub dalam pekeliling dan arahan bertulis universiti.

Surat Larangan Penggunaan Plastik Page 1

Surat Larangan Penggunaan Plastik Page 2