Majlis Penghuni Desasiswa Tekun

Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) ialah satu badan yang mewakili semua penghuni sesebuah Desasiswa yang diketahui oleh Yang Dipertua (YDP) dan dibantu oleh Pihak Pengurusan, Majlis Tertinggi MPD dan barisan Exco yang dipilh. Di Desasiswa Tekun, ia dikenali sebagai Majlis Penghuni Desasiswa Tekun atau singkatannya MPDT

MPDT ditubuhkan untuk:

  • Memupuk bakat kepimpinan penghuni pada peringkat desasiswa.
  • Merancang dan melaksanakan projek-projek dan aktiviti-aktiviti pada peringkat desasiswa
  • Menjadi penghubung kepada pihak pentadbiran desasiswa dalam hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan penghuni

Antara peranan MPDT ialah:

  • Memastikan kebajikan penghuni desasiswa terjamin dari semua aspek
  • Perantara antara penghuni dan penggawa
  • Menyediakan progrm yg menarik dan sesuai utk penghuni sertai (kpntgn mata desa)
  • Melatih diri agar lebih berkepimpinan dan beramanah dlm menjlnkn tugas

MPDT sentiasa bekerjasama dengan pihak pengurusan desasiswa di samping menganjurkan berbagai-bagai program yang berbentuk kemasyarakatan, kesukanan, keusahawanan, kerohanian, kebajikan dan sebagainya.

Semua Hebahan dan Notis bermula tahun 2021 adalah melalui akaun Instagram

URL: https://www.instagram.com/mpdtekun/

Porftfolio MPDT

  1. Keusahawanan Dan Kelestarian
  2. Teknikal Dan Fizikal
  3. Media Grafik Dan Publisiti
  4. Pendokumentasian Dan Mycsd
  5. Komunikasi Korporat Dan Pengantarabangsaan
  6. Pembangunan Siswa Dan Akademik
  7. Sukan Dan Rekreasi
  8. Pengurusan Aktiviti Dan Kebudayaan
  9. Kebajikan Dan Kerohanian

Pencarian MPDT : https://www.instagram.com/reel/DBpnm9ehQnE/?igsh=MWtubHlkaW9yZWo5dg==

 

SENARAI PROJEK MAJLIS PENGHUNI DESASISWA TEKUN 2024/2025
 
   
NAMA PROJEK Cadangan TARIKH (Ikut Susunan)
SUKAN ANTARA DESASISWA (SUKAD) FASA 1 17-19 Januari 2025
HELPING EVERYONE AND REACH OUT ( HEAR OUT) International Inbound Mobility: Sinergi Kelestarian Tiga Universiti (SKTU) Fasa 1 25-28 Februari 2025
JELAJAH UNIVERSITI, RAI ASPIRASI 26 Februari 2025
SPREAD THE LOVE: NO ONE LEFT BEHIND April - Jun
FESTIVAL MUSABAQAH AL-QURAN (FMQ) 18-20 April 2025
SUKAN ANTARA DESASISWA (SUKAD) FASA 2 18-20 April 2025
RISE4EARTH 6 April - 4 Mei 2025
PROGRAM BERSAMA VETERINAR 12 April 2025
DEBAT PIALA NAIB CANSELOR (DPNC) 9-11 Mei 2025
SUKAN ANTARA DESASISWA (SUKAD) FASA 3 9-11 Mei 2025
SAYEMBARA WARISAN PANTUN (SANTUN) 23-25 Mei 2025
CIPTA KARSA SISWA 31/5 - 2/6 2025
SAFE OUR SMILES 15/6 - 16/6 2025
TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN 20-22 Jun 2025
International Outbound Mobility: Sinergi Kelestarian Tiga Universiti (SKTU) Fasa 2
Ogos 2025