Tatatertib Desasiswa - salah laku dan disiplin berkaitan penginapan

BAHAGIAN SALAH LAKU DAN DISIPLIN BERKAITAN PENGINAPAN

BIL 

KESALAHAN 

DENDA 

 1.

a)Pelajar menetap yang membenarkan jantina lain memasuki biliknya atau berada di koridor

b)Berkhalwat termasuk berdua-duaan 

Diserahkan kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar 
 2. Seorang pelajar menghalang/menahan seseorang pegawai,pekerja atau mana-mana pihak yang telah diberi kebenaran oleh Universiti daripada memasuki bilik pelajar kerana menjalankan tugas  RM50.00 
 3. Seseorang pelajar menetap berada di luar kawasan desasiswa antara jam 12.00 tengah malam sehingga 5.00 pagi  RM50.00 
 4.

a)Seseorang pelajar bukan menetap berada di dalam kawasan desasiswa antara jam 12.00 tengah malam sehingga 5.00 pagi

b)Menginap tanpa kebenaran (squating) antara jam 12.00 tengah malam sehingga 5.00 pagi

c)Pelajar yang membenarkan orang lain menginap tanpa kebenaran (squating) 

RM50.00 
 5.

a)Mengotor/mencacatkan sebarang kelengkapan desasiswa.

b)Mengacau,mengganggu atau menyebabkan kesusahan kepada orang lain dalam menggunakan kemudahan-kemudahan di desasiswa

c)Merosak atau menghilangkan harta benda desasiswa/universiti 

Membayar gantirugi berdasarkan kos kerosakan
 6.

a)Menukar desasiswa tanpa kebenaran

b)Menukar bilik tanpa kebenaran

c)Menyewa bilik kepad orang lain

d)Pelajar yang menyewa bilik (c) 

RM50.00 dan kembali ke desasiswa/ke bilik asal

Membayar kadar sewa harian sepanjang tempoh sewaan 

 7.

 a)Tidak mengosongkan atau berpindah dari biliknya dan tidak memulangkan kunci dalam tempoh yang ditetapkan Universiti.

b)Tidak mengosongkan bilik apabila tamat tempoh penginapan.

Membayar gantirugi sewa harian berdasarkan jumlah hari yang berkenaan

pelajar :
             RM4.00 x 3 gandaan

bukan pelajar :
             RM13.00 x 3 gandaan

 8.

a)Membawa masuk makanan yang tidak tahan lama/makanan yang tidak dibenarkan /diharamkan

b)Menyimpan atau meminum minuman keras dalam bilik/di kawasan desasiswa

c)Memiliki atau mengedar dadah

d)Memiliki gambar-gambar lucah, bacaan yang diharamkan atau audio visual yang diharamkan

e)Memiliki atau menggunakan bahan-bahan kimia atau ubat-ubatan yang membahayakan 

RM50.00

Diserahkan kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

 9. Memelihara binatang di dalam kawasan desasiswa  RM50.00 
 10. Melakukan perbuatan yang merbahayakan seperti memanjat bumbung/tebing tingkap  RM50.00
 11. Tidak memadamkan lampu/kipas angin semasa meninggalkan bilik  RM50.00 
 12. Tidak menggunakan cadar/sarung bantal pada setiap masa atau menggunakan cadar/sarung bantal yang kotor  RM50.00 
 13. Bermain judi /permainan yang ada unsur pertaruhan Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar 
 14. Melakukan amalan pemujaan di dalam bilik  Nasihat atau serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar 
 15. Melonco (pada minggu suaikenal) atau melakukan penderaan fizikal dan mental pada bila-bila masa.  Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar 
 16. Memberi maklumat palsu tentang diri sendiri atau gagal memberi maklumat yang diminta oleh Penggawa atau wakilnya  RM50.00 
 17. Memiliki atau menerbitkan bahan bercetak yang tidak dibenarkan oleh undang-undang atau boleh menimbulkan permusuhan kaum  Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar 
 18.  Mencuri/melakukan perat ugut/melakukan gangguan seksual Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar 
 19. Mencederakan orang lain tanpa sebab munasabah  Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar 
 20. Bergaduh, bertumbuk atau menganggotai kumpulan haram  Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar 
 21. Gagal atau enggan memberi maklumat berkenaan sesuatu perbuatan jenayah atau terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah  Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar 
 22. Mengendap atau berkelakuan mencurigakan di kawasan jantina lain.  Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar 
 23. a)Meletak kenderaan di dalam bangunan atau ditempat yang tidak dibenarkan atau menghalang laluan  RM50.00 
 24. Memainkan alat muzik/membuat bising selepas jam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi dan menganggu ketenteraman  RM50.00 
 25. Mengadakan aktiviti sosial dalam blok tanpa kebenaran  RM50.00 

 26. 

a)Memasak di dalam bilik atau mana-mana tempat di desasiswa

b)Penggunaan 'nyalaan api' (naked flame) di dalam bangunan

c)Membuat ujian dengan menggunakan bahan kimia merbahayakan atau mudah terbakar di dalam bilik atau desasiswa

RM50.00 
 27. Tidak mengemas atau membersihkan bilik  RM50.00 
 28. Merokok di kawasan desasiswa RM50.00 dan diserahkan kepada klinik anti merokok 
 29. Melanggar apa-apa arahan atau kehendak yang sah yang diberikan atau dibuat oleh mana-mana pegawai atau pekerja Universiti yang diberi kuasa untuk memberi atau membuat arahan atau kehendak di dalam kampus Nasihat/amaran /denda RM50.00