Tatatertib Desasiswa - Peraturan Tambahan

PERATURAN DESASISWA

Semua penghuni diminta agar mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan seperti dibawah.

1. KEKEMASAN DAN KEBERSIHAN BILIK
Setiap penghuni bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik masing-masing setiap masa. Semua peralatan (seperti lampu,kipas,cermin tingkap) dan perabot (seperti almari, katil, meja dan laci) di dalam bilik mestilah sentiasa bersih dan berkeadaan baik. Setiap bilik akan dibekalkan dengan bakul sampah, penyodok dan penyapu. Pastikan semuanya diletakkan di dalam bilik dan sampah tidak disapu keluar ke koridor. Jangan membuang sampah ke luar tingkap. Pastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah besar yang disediakan sebelum jam 8.30 pagi setiap hari.

2. MENYANGKUT PAKAIAN/PLASTIK MAKANAN PADA TINGKAP BILIK ASRAMA
Pelajar dilarang sama sekali untuk menyangkut pakaian dan plastik minuman dan makanan di tingkap bilik asrama masing-masing serta tidak dibenarkan menyangkut pada paip sprinkler di dalam bilik.

3. LARANGAN MEMASUKI BLOK
Pelajar lelaki dilarang untuk memasuki dan berada di dalam blok asrama perempuan dan pelajar perempuan dilarang memasuki dan berada di dalam blok asrama lelaki.

4. MENYIDAI PAKAIAN 
Pastikan pakaian disidai di tempat-tempat yang telah disediakan, seperti di ampaian di luar blok masing-masing sahaja. Pakaian yang disidai di tempat-tempat lain akan dirampas tanpa sebarang notis. Denda akan dikenakan bagi setiap pakaian yang dituntut.

5. SAMPAH SARAP DAN SISA MAKANAN
Pastikan sampah sarap dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Sisa makanan diikat di dalam plastik dan bahan kaca dibungkus dalam kertas.

6. JUALAN MAKANAN, ROKOK DAN LAIN-LAIN

Sebarang aktiviti penjualan makanan, rokok, CD dan lain-lain di dalam bangunan asrama adalah tidak dibenarkan sama sekali.

7. KUNCI BILIK
Pastikan anda mengunci dan membawa bersama kunci apabila keluar dari bilik. Denda akan dikenakan ke atas penghuni yang meminjam kunci dari Pejabat Desasiswa.

Pada waktu pejabat                            RM 3
Selepas waktu pejabat                       RM5
Setiap satu anak kunci yang hilang  RM7 


8. LANGSIR
Pastikan ia tidak terkeluar dari tingkap atau digulung/simpul atau seumpamanya. Penghuni juga dilarang menanggalkan dan membawa keluar langsir dari bilik masing-masing bagi tujuan yang lain. Gantirugi akan dikenakan sekiranya di dapati langsir hilang.

9. LARANGAN MEROKOK
Kampus Universiti Sains Malaysia diwartakan sebagai larangan merokok. Oleh itu pelajar tidak dibenarkan merokok di mana-mana tempat di dalam kawasan kampus termasuk di kawasan asrama, blok, bilik, kantin dan desasiswa. Tindakan boleh diambil sekiranya didapati pelajar melanggar peraturan ini tanpa notis terdahulu.

10. PENGGUNAAN SETERIKA DAN CEREK
Sekiranya didapati kerosakan pada seterika/cerek disebabkan kecuaian penghuni secara sengaja atau tidak, bayaran pembaikan akan dikenakan ke atas penghuni tersebut atau kesemua penghuni di tingkat yang berkenaan.