Mini Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Sidang 2014/2015

      Mini Temasya Olahraga Tahunan (TOT) merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT).Program ini telah diadakan pada 29 Mac 2015 dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada penghuni Desasiswa Tekun. Program ini diadakan bertujuan untuk mencari bakat-bakat yang menyerlah dalam bidang sukan balapan dan padang. Program ini juga akan memberikan gambaran yang positif kepada penghuni  Desasiswa Tekun untuk mengenal dengan lebih rapat antara satu sama lain serta mempamerkan bakat yang sedia ada dalam kalangan mahasiswa.

Acara sukan yang dipertandingkan pada Mini TOT sidang ini adalah sebanyak 12 acara iaitu 6 acara padang dan 6 acara balapan. Antara acara padang yang dipertandingkan ialah lompat jauh, lompat kijanglompat tinggi lempar cakera,  lontar peluru rejam lembing. Seterusnya acara balapan pula terdiri daripada acara 100m 200m 400m 800m 4x100m 1500m.

Pada jam 8.00 pagi, sesi pendaftaran dibuka kepada penghuni-penghuni yang berminat untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan. Kemudian program ini diteruskan lagi dengan sesi senam robik yang diketuai oleh barisan exco-exco MPDT. Setelah selesai aktiviti regangan tersebut, acara padang dan acara balapan dimulakan.

Program ini diharap dapat melahirkan dan mengetengahkan atlet berpotensi besar lagi berkualiti di peringkat universiti. Selain itu, peserta diharapkan dapat memajukan sukan seterusnya menjadikan bidang sukan sebagai salah satu kerjaya atau profesion pada masa akan datang.