Temasya Olahraga Tahunan Ke 40

 

Temasya Olahraga Tahunan Ke-40 (TOT 40) telah diadakan di Stadium Olahraga, Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Induk. Sebanyak 13 buah desasiswa daripada ketiga-tiga buah kampus (induk, kejuruteraan, kesihatan) menyertai temasya ini. Pelbagai acara telah dipertandingkan dalam temasya ini. Desasiswa Tekun telah memenangi kumpulan sorak terbaik, maskot mesra, khemah terbaik dan perbarisan terbaik (daripada 4 kategori : sorak, maskot, khemah dan perbarisan).

Kontinjen Tekun membawa moto “We Believe, We Trust, Together We Make It” dan maskot ular menjadi pilihan bagi temasya pada kali ini. Kesemua acara yang dipertandingkan telah disertai oleh peserta daripada desasiswa Tekun. Acara pembukaan bermula pada waktu malam, 9 Mei 2014. Acara lintas hormat merupakan acara yang pertama sebelum acara yang lain dimulakan. Kesemua unit beruniform dan desasiswa telah menghantar wakil bagi mewakili setiap pasukan bagi acara lintas hormat tersebut. Pasukan Tekun mendapat 3 perak dan 3 gangsa dalam temasya pada kali ini.