Sukan Pagi Sidang 2013/2014

sukanpagi13 

 

Pada 9 Mac 2014 (Ahad) telah diadakan Sukan Pagi di gelanggang Futsal, Pusat Sukan USM bagi mencari atlet-atlet yang berkebolehan untuk mewakili Desasiswa Tekun dalam Sukad Fasa 3 di kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan. Aktiviti ini bermula pada jam 9.00 pg yang disertai oleh 3 buah pasukan.

Lutut Longgar FC, Bandung Cincau dan Kun Jr FC. Lutut Longgar FC menjadi johan dalam aktiviti ini. Mereka juga merupakan pasukan yang layak untuk mewakili Desasiswa Tekun dalam Sukad Fasa 3.

Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi dan diakhiri dengan aktiviti menangkap gambar.