SUKAD Fasa 1 & Fasa 2 2013/2014

 sukadfasa1

Sukan Antara Desasiswa (SUKAD) Fasa 1 dan 2 telah berjalan dengan lancar yang telah diadakan di Kampus Kejuruteraan. Setakat ini pasukan Tekun telah berjaya memungut pingat sebanyak 2 emas, 2 perak dan 2 gangsa. 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa dipungut dalam acara SUKAD Fasa 1 dan Fasa 2.

Dalam SUKAD Fasa 1, pasukan Tekun berjaya meraih 1 emas, 1 perak, 1 gangsa manakala dalam SUKAD Fasa 2 pasukan Tekun berjaya meraih pingat emas dalam acara bola tampar lelaki (6 sebelah), perak dalam acara badminton (kategori lelaki) dan gangsa dalam acara boling padang (kategori perempuan). Acara boling padang diadakan pada hari Jumaat (28 Februari 2014) di gelanggang boling padang Majlis Sukan Negeri, Batu Uban, Pulau Pinang. Untuk pengetahuan, pasukan yang disyaki memiliki pemain import, desa tersebut akan dikenakan denda. Walau bagaimanapun, tiada pemain import yang dikesan dalam pasukan Tekun.

SUKAD Fasa 1 berakhir pada tarikh 15 Disember 2013 di kampus Kejuruteraan, USM. SUKAD Fasa 2 pula berakhir pada 2 Februari 2014 di kampus Induk, USM. 

sukadfasa2