Pra Tilawah, Pra DPNC dan Pra Padu Sidang 2013/2014

 

pratilawah1 

pratilawah2

Pra Tilawah

Pra-Tilawah Desasiswa Tekun telah diadakan pada 1 Disember 2013. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar bagi penghuni Desasiswa Tekun. Program ini telah berlangsung di bilik mesyuarat Desasiswa Tekun dan bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.

Seramai 5 orang peserta menyertai Pra-Tilawah ini.  Juri yang menilai para peserta pada kal ini ialah Ustaz Zayd bin Zahari & Dr Sharifah Mashita Binti Syed Mohamad. Pemenang bagi qari ialah Nur Muhammad Mustaqim bin Mahasan dan qariah ialah Basyiroh Binti Ahmad Khalid. Para pemenang akan menjalani latihan sebelum ke peringkat Tilawah yang akan dijalankan di luar kampus Induk USM.Mereka akan mewakili Desasiswa Tekun untuk ke program Tilawah yang akan diadakan di tempat dan tarikh yang bakal diberitahu.

Pra Debat Piala Naib Canselor (DPNC)

Pra Debat Piala Naib Canselor atau dikenali sebagai Pra-DPNC merupakan satu projek di bawah Majlis Penghuni Desasiswa Tekun yang bertujuan untuk mencungkil bakat dalam ilmu perdebatan dalam kalangan pelajar. Program ini diadakan pada hari Sabtu yang lepas, iaitu 7 Disember 2013. Program yang bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam ini disertai oleh 6 orang peserta (2 pasukan). Program ini berlangsung di bilik mesyuarat Desasiswa Tekun.

Pasukan yang menang akan mewakili Desasiswa Tekun untuk ke peringkat yang seterusnya, iaitu DPNC. Dalam peringkat ini, pasukan tersebut akan berhadapan dengan desasiswa-desasiswa Universiti Sains Malaysia untuk merebut Piala Naib Canselor. Para penyokong dijemput hadir untuk memeriahkan majlis sekali gus memberikan semangat kepada para peserta untuk berdebat. Pada kali ini, juri yang terlibat ialah Pn. Siti Hawa Mat Junoh dan Dr Sharifah Mashita Syed Mohamad. Juri telah memilih 1 pasukan untuk mewakili Desasiswa Tekun untuk ke peringkat seterusnya. Penilaian bagi memilih pemenang adalah melibatkan penilaian dari pelbagai aspek. Pemenang Pra DPNC pada kali ini ialah Muhammad Nur Aliff bin Roslan, Jerry Yacob, Mohamad Azroy Effendi bin Mohd Jasman dan Siti Salehah bin Maulad Ridzuan. Mereka dipilih untuk ke peringkat DPNC yang akan dijalankan di tempat yang bakal diketahui.

Pra-Pantun Antara Desasiswa Universiti Sains Malaysia (PADU)

 

        Pra-Pantun Antara Desasiswa Universiti Sains Malaysia atau lebih dikenali sebagai PADU merupakan satu program yang telah diadakan oleh pihak Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT). Program ini telah berlangsung pada 8 Disember 2013, Ahad, di bilik mesyuarat MPD Tekun bermula jam 8.30 malam sehingga jam 11.00 malam.

        Program ini diadakan bertujuan untuk mencari wakil pemantun untuk mewakili Desasiswa Tekun dalam Pertandingan Pantun Antara Desasiswa Universiti Sains Malaysia (PADU) kelak. Justeru itu, untuk menghadapi pertandingan itu, pihak Majlis Penghuni Desasiswa Tekun(MPDT) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pemilihan pemantun Desasiswa Tekun melalui elemen pertandingan. Program ini telah disertai oleh enam orang peserta iaitu saudari Nur Nadhirah binti Mat Isa, saudari Noor Farhana binti Deris dan saudara Wisseley Anak Salamah daripada kumpulan A manakala kumpuan B pula terdiri daripada saudara Muhammad Khidir bin Saahri, saudari Nor ‘Atiqah binti Dzulkeple dan saudari Norlaily binti Mohd Sanusi. Manakala barisan juri yang terlibat pada malam tersebut terdiri daripada Pn Siti Hawa binti Mat Junoh, Dr Sharifah Mashitah binti Syed Mohamad dan En Mohd Jaya bin Mohd Johan. Pertandingan Pra-PADU bermula jam 9 malam yang didahului dengan pusingan pertama yang bertemakan pantun budi , kemudian diteruskan dengan pusingan kedua yang bertemakan mahasiswa manakala pusingan terakhir merupakan pusingan yang bertemakan pantun jenaka. Peserta telah diadili secara individual walaupun mereka telah ditempatkan secara berkumpulan. Pertandingan berakhir tepat pada jam 10.30 malam dan para tetamu dijamukan dengan sedikit jamuan ringan yang telah disediakan oleh sekretariat Pra-PADU. Saat kemuncak merupakan saat yang mana wakil juri diminta untuk mengumumkan nama peserta yang berjaya mara untuk mewakili Desasiswa Tekun ke Pertandingan Pantun antara Desasiswa (PADU).

              Akhir sekali, program Pra-PADU tersebut telah diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada para peserta dan juri. Manakala, saudara Mohammad Khidir bin Saahri  telah dinobatkan sebagai pemantun terbaik Tekun. Syabas!

 

Pra Tilawah

 

pratilawah3

 

Pra DPNC

 

pratilawah4

 

Pra Padu

 

pratilawah5