Piala Penggawa Sidang 2013/2014

pialapenggawa13

Seramai 34 kumpulan didaftarkan untuk pertandingan piala penggawa, 6 kumpulan yang diwakili oleh peserta perempuan dan 18 kumpulan diwakili oleh peserta lelaki. Majlis ini dirasmikan oleh Felo Desasiswa Tekun sidang akademik 2013/ 2014, Encik Mohd Jaya bin Mohd Johan dengan gimik menendang bola oleh beliau.

Pertandingan bermula pada jam 8.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi Universiti Sains Malaysia, Menara Ilmu serta ucapan daripada felo Desasiswa Tekun, En. Mohd Jaya bin Mohd Johan.

Pertandingan pada waktu pagi berlangsung sehingga jam 1.00 tengah hari. Pada jam 1.45 petang pertandingan diteruskan untuk pertandingan suku akhir, separuh akhir dan pertandingan akhir. Perlawanan akhir tamat pada pukul 6.30 petang.

Semasa pertandingan berlangsung, terdapat juga jualan makanan daripada pihak Majlis Penghuni Desasiswa Tekun untuk para peserta sementara menunggu untuk pertandingan yang seterusnya. Antara makanan yang dijual adalah sosej, daging burger, nuget dan kentang goreng.

Majlis berakhir pada jam 7.00 petang dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Tetamu undangan pada hari itu ialah Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia dan selaku Naib Yang di Pertua Empat Majlis Penghuni Desasiswa Tekun Mohd Shafiq Bin Kamaruddin. Hadiah disampaikan oleh Penggawa Desasiswa Tekun, Dr. Nazarudin bin Zainun. Hadiah yang diberi berupakan wang tunai dan beberapa sagu hati.