Malam Kesenian Tekun 2013/2014

 

Malam Kesenian Tekun telah diadakan pada 18 April 2014 di Dewa Budaya, USM. Sebanyak 5 buah band dan seramai 6 peserta solo mendaftarkan diri untuk bertanding pada hari kejadian. Majlis bermula pada jam 8.00 malam.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP) Universiti Sains Malaysia, Prof. Dato’ Dr Adnan bin Hussein. Majlis juga diselang-seli dengan persembahan band dan solo. Aktiviti cabutan bertuah juga turut dilakukan bagi menghiburkan para penonton yang hadir pada malam tersebut.

Sebelum persembahan daripada setiap peserta yang bertanding, majlis dimulakan dengan persembahan daripada artis USM dan diakhiri dengan persembahan tarian daripada kumpulan Adikarma USM.

Klimaks majlis bermula apabila pengacara majlis mengumumkan 3 buah band dan 3 orang peserta yang terbaik dijemput naik ke atas pentas. Bagi kategori band, Minden Backroad, This Band Kill dan Roughmixed Band masing-masing memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga manakala bagi kategori solo pula, Muna Shahirah binti Munadi, Yasmin binti Mohd Nizam dan Mohamed Aiman bin Mohamed Azami masing-masing memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga. Kategori vokal terbaik solo pula dimenangi oleh Muna Shahirah binti Munadi manakala kategori vokal terbaik band pula dimenangi oleh This Band Kills. Majlis bersurai kira-kira pada jam 11.15 malam dengan sesi bergambar.