Lawatan Kebajikan MPDT 2013/2014

 

lawatankebajikan1

Pada 22 Februari 2014, Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) sidang akademik 2013/2014 mengadakan lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang. Antara objektif lawatan ini diadakan adalah untuk melaksanakan hasrat kerajaan dan universiti iaitu menanam semangat kesukarelawanan dalam diri golongan belia. Selain itu, tujuan aktiviti ini diadakan juga adalah untuk melahirkan pemimpin-pemimpin pelajar yang prihatin dan memiliki sifat belas kasihan serta cakna terhadap golongan yang kurang bernasib baik di samping melahirkan rasa gembira dan mengurangkan perasaan kesepian dalam diri anak-anak yatim.

                Pada jam 8 pagi, kami bertolak dari dataran usahawan menaiki bas menuju ke Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 40 minit. Semua peserta terlibat sebagai fasilitator kepada 50 orang kanak-kanak. Setelah selesai menyediakan segala keperluan yang sepatutnya, kanak-kanak tersebut dibawa masuk ke dalam dewan untuk menjalani aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kami. Aktiviti pertama ialah senamrobik. Semua fasilitator dikehendaki untuk bersama dengan kanak-kanak tersebut.

                Kemudian, semua fasilitator diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk menerima adik-adik angkat. Aktiviti seterusnya ialah bom negara. Diikuti dengan “musical chair” dan sembang santai. Dalam sembang santai ini, semua fasilitator akan bersama dengan adik-adik angkat untuk berbual-bual sambil mencatat maklumat tersebut di atas kertas. Jam 1.15 tengah hari, semua kanak-kanak bersalam-salaman dengan abang-abang dan kakak-kakak angkat sambil diberikan hadiah oleh abang-abang dan kakak-kakak angkat mereka.

                Pada jam 1.30 tengah hari, semua peseta lawatan kebajikan ini menaiki bas pulang menuju ke USM. Kami juga berharap lawatan kebajikan ini tidak dihentikan kerana kanak-kanak seperti mereka amat memerlukan kasih sayang di samping untuk mengurangkan kesepian dalam diri kanak-kanak tersebut sejajar dengan objektif lawatan kebajikan ini.

lawatankebajikan2