Kenduri Sekampung RST 2013/2014

 kendurisekampung13

         Majlis Penghuni Desasiswa Tekun serta Majlis Penghuni Desasiswa Restu dan Saujana telah sama-sama bersepakat untuk mengadakan Program Kenduri Sekampung yang melibatkan ketiga-tiga desasiswa iaitu desasiswa Restu, Saujana dan Tekun bagi sidang akademik  2013/2014. Matlamat program ini diadakan untuk membina ukhuwah dan tali silaturahim dalam kelompok penghuni Desasiswa Restu, Saujana dan Tekun, Universiti Sains Malaysia.

         Pada sidang kali ini desasiswa Tekun sekali lagi menjadi tuan rumah dengan kerjasama Desasiswa Restu dan Saujana berkonsepkan “Majlis Kesyukuran Selepas Kelahiran Bayi ”. Sambutan ini juga merupakan wadah pemangkin antara kaum dan agama untuk saling membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh dalam adat orang Melayu, program ini dapat memberi pendedahan awal mengenai prosedur menjalankan “ Majlis Kesyukuran Selepas Kelahiran Bayi ” yang diamalkan oleh kaum Melayu , kaum Cina dan kaum India.

         Majlis dianggarkan bermula pada jam 8.00 pagi. Semua peserta diminta untuk berkumpul di Foyer Desasiswa Tekun. Aktiviti menghias tempat pameran juga dijalankan oleh semua peserta yang terlibat. Majlis mengarak Timbalan Bendahari ke atas foyer dengan paluan kompang oleh peserta daripada wakil ketiga-tiga buah Desasiswa.

         Penghuni-penghuni bagi ketiga-tiga desa juga turun ke foyer Desasiswa Tekun bagi memeriahkan majlis ini. Majlis ini seperti biasa mempunyai dua fasa, iaitu fasa awal : merewang dan fasa kemuncak : majlis kenduri sekampung. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Bendahari Universiti Sains Malaysia, Cik Rohayati Mohd Isa.

         Antara aktiviti yang dijalankan semasa majlis kenduri sekampung ini ialah cukur jambul, marhaban, pameran dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi Hj Mohamad, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, UiTM Kedah.

         Aktiviti diteruskan dengan penyampaian cedera mata kepada VIP dan tetamu terhormat. Majlis dijangka berakhir pada jam 12.45 tengah hari dengan jamuan makan. Kesemua pelajar diminta untuk membawa bekas makanan sendiri untuk mengambil makanan bagi menyokong semangat kelestarian yang diterapkan oleh Universiti Sains Malaysia kepada semua pelajar.

 

kendurisekampung131

kendurisekampung132