Kem Exco MPDT Sidang 2013/2014

kemexco13

          Kem Kepimpinan Majlis Penghuni Desasiswa sidang akademik 2013/ 2014 telah diadakan selama tiga hari dua malam di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan bermula pada 3 November 2013. Antara yang terlibat dalam kem ini ialah EXCO-EXCO dan Majlis-majlis Tertinggi Majlis Penghuni Desasiswa Restu, Saujana dan Tekun (MPD RST). Kem ini julung-julung kali diadakan dengan gabungan ketiga-tiga buah desasiswa ini.

          Terdapat 10 modul yang dilaksanakan sepanjang kem ini berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pendedahan tentang cara-cara membuat kertas kerja, pengurusan laman web, cara mencari penajaan, pengurusan mesyuarat, pengurusan projek dan lain-lain lagi. Kesemua peserta yang terlibat dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada EXCO-EXCO dan Majlis-majlis tertinggi daripada ketiga-tiga buah desa. Setiap aktiviti yang dijalankan diketuai oleh seorang penggawa atau pihak atasan ketiga-tiga buah desasiswa. Majoriti aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk membina jati diri setiap ahli Majlis Penghuni Desasiswa (MPD). Dalam kem kepimpinan ini, kesemua ahli Majlis Penghuni Desasiswa diajar untuk menjadi lebih komited dan bertanggungjawab terhadap kerja masing-masing. Akademik juga penting untuk keseimbangan antara MPD dan kurikulum. Oleh itu, dalam kem kepimpinan ini juga kami diajar cara pembahagian masa.

          Aktiviti ini berakhir pada hari Selasa, 5 November 2013 pada jam 12.00 tengah hari. Semua peserta diberi masa untuk mengemas barang masing-masing. Tempat berkumpul berdekatan jeti Pulau Pangkor. Peserta pulang ke USM dengan menaiki bas mengikut desa masing-masing. Dianggarkan peserta dari Desasiswa Tekun tiba di USM pada jam 7.00 ptg.