Hari Pelancaran Tekun Warrior

 haripelancarantekunwarrior13

Hari Pelancaran Tekun Warrior telah diadakan pada 18 Disember 2013. Program ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bekas makanan dalam kalangan pelajar pada setiap hari Khamis dan sekali gus mengurangkan penggunaan bekas makanan yang disediakan oleh pihak kafe. Program ini dirasmikan oleh penggawa Desasiswa Tekun, Dr Nazarudin Zainun.

            Program ini dilaksanakan dengan penerimaan barang-barang kitar semula daripada penghuni Desasiswa Tekun dan pihak kafe. Sebagai ganjaran, mereka akan diberikan sebuah bekas makanan sekiranya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Di samping itu, para penghuni juga dihiburkan dengan tarian “flash mob” daripada Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT). Tarian ini sebagai simbolik menyokong penggunaan bekas makanan setiap hari Khamis dan menyokong pelancaran Tekun Warrior. Antara pihak pengurusan yang hadir ialah Dr. Sharifah Mashita Syed Mohamad, Puan Siti Hawa Binti Mat JunohEncik Khairul Eruwan Bin Abdul Halim dan Encik Mohd Jaya Bin Mohd Johan serta Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Saudara Mohammad Shafiq bin Kamaruddin.

            Majlis bersurai kira-kira pada jam 6.30 petang. Bekas-bekas makanan diedarkan kepada semua pihak pengurusan tanda penghargaan.

 

 

haripelancarantekunwarrior132