Bengkel Pembantu Exco 2013/2014

         bengkelpembantuexco13

Bengkel Pembantu EXCO merupakan satu alternatif untuk memperkenalkan pembantu-pembantu EXCO kepada pihak pengurusan, Majlis Tertinggi dan EXCO-EXCO yang ada dalam Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT). Bengkel Pembantu EXCO telah dijalankan di foyer Desasiswa Tekun bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.

Sebanyak 5 modul telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung. Semua Pembantu EXCO didedahkan dengan aktiviti yang memerlukan interaksi antara satu sama lain. Hal yang demikian adalah kerana ingin memupuk semangat kerjasama dalam kalangan para Pembantu EXCO. Secara tidak langsung, para EXCO yang terlibat menjadi fasilitator untuk bengkel ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan mereka. Para EXCO juga dapat melatih diri mereka sendiri untuk memimpin.Modul yang pertama ialah “Jom Explore”. Dalam modul ini, para Pembantu EXCO yang hadir didedahkan dengan portfolio-portfolio yang ada dalam MPDT sepanjang sidang akademik 2013/2014.Wakil EXCO daripada setiap portfolio juga dikehendaki untuk memperkenalkan bidang-bidang tugas dan projek-projek di bawah portfolio masing-masing.Modul yang kedua pula, iaitu “Let’s Help” dibentangkan oleh Majlis Tertinggi (MT) yang berpengalaman dalam membuat kertas kerja yang baik.Pendedahan ini adalah sangat bagus kerana tidak semua orang tahu untuk menghasilkan kertas kerja yang lengkap dan meyakinkan. Modul ini tidak dikhususkan hanya untuk Pembantu EXCO sahaja tetapi kepada semua EXCO. Soft skill ini mampu membentuk para EXCO yang berkualiti dalam penghasilan kertas kerja. Perkongsian pengalaman dalam mengendalikan sesuatu projek telah dijalankan dalam modul yang ketiga. Mantan NYDP1 Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013, Saudara Mohammad Haziq al-Amir dan Mantan YDP MPDT 2012/2013, Saudara Mohamad Shafiq Kamaruddin adalah dua personaliti yang dijemput untuk berkongsi pengalaman-pengalaman mereka sepanjang mereka melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Di sini fokus kita adalah cabaran dan dugaan semasa mengendalikan sesuatu projek dan kemanisan yang dirasa selepas sesuatu projek itu berjaya dilaksanakan. Dalam modul keempat pula, iaitu “Belajar Sama-Sama” adalah modul untuk setiap EXCO membentangkan projek-projek mega mereka. Modul ini penting kerana penambahbaikan idea dari semua orang mampu memperbaiki mana-mana idea yang dilihat kurang relevan dalam projek yang dibentang. Bukan itu sahaja, Para Pembantu EXCO juga boleh mengeluarkan idea semasa pembentangan ini.Modul yang terakhir pula merupakan modul penghargaan yang akan dilaksanakan di akhir program. Setiap orang akan diberi hanya 5 keping kertas dan diminta untuk menulis penghargaan kepada 5 orang sahabat yang paling mereka hargai. Objektif modul ini adalah bagi menaikkan semangat seseorang selain boleh dijadikan sebagai satu platform untuk memperbaiki kelemahan sendiri melalui komen yang ditulis.

Akhir sekali, upacara penyampaian sijil dijalankan setelah tamat kelima-lima modul. Program berakhir pada jam 6 petang dengan aktiviti minum petang.

 

bengkelpembantuexco131