Sukan Malam (SUKMA) 2012/2013

 sukanmalam12

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang
dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi
masa lapang atau untuk beriadah. Mahasiswa sekarang memang tahan lasak. Mereka lebih
gemar menceburi sukan yang lasak dan mencabar. Oleh itu, sekiranya kelasakan mereka tidak
dijuruskan ke arah aktiviti yang berfaedah, maka mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai
gejala negatif yang tidak menguntungkan sesiapa pun.

Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) sidang 2012/2013 telah mengambil inisiatif menganjurkan Sukan Malam (SUKMA) yang menawarkan sukan yang lasak iaitu futsal. SUKMA atas ilham pengarah projek iaitu
Saudara Hafiy Hazmi bin Harun dilangsungkan pada jumaat malam ini bertujuan untuk mengisi
masa lapang penghuni-penghuni Desasiswa Tekun dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini
sekaligus melahirkan bakat-bakat terpendam penghuni-penghuni Tekun dalam Futsal dan
memupuk mereka dengan sukan yang berfaedah untuk mengisi masa lapang mereka.

SUKMA yang sebenarnya telah berlangsung pada akhir semester 1 yang lalu sudah pun sampai
ke kemuncaknya. Pada 22 Februari 2013 yang lepas, telah berlangsungnya SUKMA yang
terakhir bagi menentukan juara keseluruhan. Sebanyak 10 pasukan telah berdaftar dan bertanding
dengan semangat juang yang tinggi yang dilangsungkan di padang futsal USM demi merebut
gelaran juara SUKMA kali ini.

Gelaran Juara bagi SUKMA kali ini telah berjaya dirangkul oleh Pasukan Hati 3 Suku Setengah
yang telah mengumpulkan 21 mata dalam 9 perlawanan yang dilangsungkan, Naib juara pula
milik Pasukan Edu Sala dan tempat ketiga dimiliki oeh Pasukan Sang Saka Bangsa. Juara, naib
juara dan tempat ketiga masing-masing telah menerima trofi SUKMA.

Dengan berakhirnya SUKMA pada sidang ini, diharapkan Desasiswa Tekun akan menjadi hub
sukan dan kilang atlet-atlet yang berwibawa pada masa hadapan dan diharapkan juga pada
sidang yang akan datang, SUKMA akan terus kekal dalam kalender aktiviti MPDT dan dapat
menjadi Desasiswa pertama yang dapat melahirkan banyak jaguh-jaguh dalam sukan seperti
futsal. Berikut ialah gambar-gambar menarik ketika aktiviti dilangsungkan :

KETEKUNAN ASAS KEUNGGULAN

 sukanmalam121

sukanmalam122