Sekitar Perjumpaan Pertama MPD Tekun Sidang 2012/2013

 perjumpaanpertama1

Pada 26 dan 27 September 2012. Pihak Desasiswa Tekun telah menjalankan satu sesi temuduga untuk pemilihan calon Majlis Penghuni Desasiwa Tekun (MPDT) sidang 2012/2013. Setiap penghuni desasiswa tekun berpeluang untuk menghadiri temuduga tersebut untuk mengejar dan berpeluang menjadi salah seorang figura penting desasiswa tekun. Ramai yang menghadiri temuduga tersebut yang dikendalikan dan diketuai oleh Mohamad Shafiq Bin Kamarudin iaitu penghulu desasiswa tekun sidang ini.

Beliau dibantu oleh beberapa lagi ahli majlis tertinggi tekun. Mereka bertanggungjawab menemuduga, menilai dan memilih setiap penghuni yang berpeluang dan berani ke temuduga tersebut supaya diangkat menjadi salah seorang keluarga tekun. Dan pada malam 30 September 2012, satu ‘meeting’ yang telah dihadiri seramai 27 penghuni  Tekun yang  telah diterima masuk ke dalam keluarga pimpinan tekun. Mereka telah lulus temuduga yang telah dijalankan. Kebanyakan mereka adalah pelajar tahun pertama. Sementara itu, ada segelintir exco sidang lepas masih mengekalkan portfolio mereka untuk terus berbakti kepada desasiswa Tekun. Mereka telah diberi penerangan tentang kerja serta portfiolio mereka dan dalam masa yang sama setiap satu daripada mereka telah diberi amanah dan mandat untuk menjadi pengarah kepada 24 projek yang akan dijalankan. Semoga mereka menjalankan tugas dengan baik, amanah, bertanggungjawab unutk memacu Desasiwa Tekun untuk menjadi lebih maju dan terurus.  Berikut adalah sedikit sisipan suasana perjumpaan tersebut:

 

KETEKUNAN ASAS KEUNGGULAN

perjumpaanpertama2