Pingat Emas SUKAD Pasti Milik Tekun 2012/2013

 

Salam SUKAD, Salam KeTEKUNan, Salam 1 MALAYSIA.

Kepada warga Desasiswa Tekun Universiti Sains Malaysia,

Marilah bersama-sama menyokong atlet-atlet kita didalam SUKAD (Sukan Antara Desasiswa) yang sedang berlangsung,

Mereka ini bukan sahaja membawa nama baik Desasiswa Tekun, malah mengangkat nama baik kita sebagai penghuni Desasiswa Tekun yang tercinta,

Ayuhlah, marilah, bersamalah menyokong dan menjadi tulang belakang rakan-rakan kita yang bertungkus lumus berjuang mendapatkan pingat emas untuk SUKAD kali ini.

Semoga sasaran 25 pingat emas akan dapat dicapai dengan keringat yang diberikan oleh atlet-atlet kita dan sokongan kita kepada mereka.

Berikut ialah jadual SUKAD sidang 2012/2013:

1 – 3 MAC 2013 - (KAMPUS INDUK)
8– 10 MAC 2013 - (KAMPUS KESIHATAN)
29 – 31 MAC 2013 - (KAMPUS INDUK)
19 – 21 APRIL 2013 - (KAMPUS KEJURUTERAAN)
21 APRIL 2013 - MAJLIS PENUTUPAN SUKAD

KETEKUNAN ASAS KEUNGGULAN

EMAS PASTI MILIK TEKUN