Piala Penggawa : Pertandingan Futsal Terbuka 2012/2013

 pialapenggawa12

Pasukan Persian Gulf FC  muncul sebagai juara kategori lelaki Pertandingan futsal Piala Penggawa, Desasiswa Tekun bagi tahun 2012. Mereka telah menerima hadiah berupa piala pusingan Penggawa Desasiswa Tekun, wang tunai, dan t-shirt. Bagi kategori wanita pula, pasukan yang menggelarkan diri mereka Pasukan Hak Bermain Hak Kami (HBHK) telah muncul juara dan menerima hadiah berupa wang tunai dan t-shirt.

Kejohanan sehari itu telah disertai oleh 36 pasukan yang terdiri daripada 30 pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita. Ia telah diadakan pada 4 November 2012 yang lalu bertempat di gelanggang futsal Universiti Sains Malaysia. Pertandingan kali ini telah dirasmikan oleh Dr. Hasanah Abdul Khafidz, Penolong Penggawa Desasiswa Tekun. Buat pertama kalinya kejohanan kali ini telah membuka penyertaan kepada mana-mana pasukan yang berminat. Selain daripada pasukan-pasukan daripada kampus induk, penyertaan turut dimeriahkan dengan kehadiran pasukan daripada Kampus Transkrian.

Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 50. Makanan dan minuman ringan turut disediakan untuk semua peserta.  Untuk menggalak dan menghargai setiap pasukan,  mata MyCSD turut diberikan kepada setiap individu peserta. Pertandingan ini dilangsungkan di gelanggang futsal bersebelahan gelanggang tenis USM. Kejohanan kali ini turut diserikan dengan kehadiran maskot rasmi Desasiswa Tekun dan pasukan sorak yang telah menampilkan sorakan yang cukup bertenaga di sepanjang kejohanan berlangsung. Rata-rata pasukan yang bertanding berasa puas hati dengan penganjuran kali ini.

Pertandingan futsal Piala Penggawa adalah salah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Tekun. Pertandingan ini, antara lain, bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan futsal, di samping ia sebagai wadah untuk melahirkan pelajar yang sihat dari segi fizikal dan mental. Selain itu, sukan seumpama ini juga dapat memupuk perpaduan dan toleransi antara kaum.  

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Dr. Hasanah dan Pn. Siti Hawa Mat Junoh selaku Penolong Penggawa Desasiswa Tekun. Berikut adalah sedikit sisipan pada hari tersebut :

pialapenggawa121

pialapenggawa122

pialapenggawa122

http://www.flickr.com/photos/tekun_usm/