Pantun Antara Desasiswa (PADU) Sidang 2012/2013

 padu12

Pertandingan Pra-PADU.

Pertandingan Pantun antara Desasiswa (PADU) adalah salah satu pertandingan yang dirangka khusus kepada mahasiswa dan mahasiswi bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar USM dalam berpantun . Pertandingan ini juga termasuk dalam kalender rasmi aktiviti desasiswa-desasiswa USM. Pada tahun ini Pertandingan PADU akan dijalankan serentak dengan SUKAD ke-2 di USM, Kubang Kerian, Kelantan. Sehubungan dengan itu, Pertandingan Pra-Padu dirangka oleh pihak Majlis Penghuni Desasiswa Tekun yang diketuai oleh pengarah projeknya iaitu Saudara Muhammad Izzat Bin Abdul Halim dan dijalankan dengan tujuan untuk menggalakkan para penghuni untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti disamping membina keyakinan dalam diri mereka. Satu sesi pemilihan telah diadakan bagi memilih wakil pemantun untuk mewakili Desasiswa Tekun dalam Pertandingan PADU.

Pertandingan Pra-Padu diadakan pada 23 Februari 2013 yang lepas bertempat di Bilik Mesyuarat Tekun. Majlis itu bermula kira-kira jam 9.00 malam dan dihadiri oleh penghuni Tekun yang ingin menyaksikan pertandingan yang menarik ini. Seramai 6 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Mereka telah dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang dalam satu kumpulan bersaing antara satu sama lain untuk menjadi wakil Tekun ke Pertandingan PADU yang sebenar. Juri untuk pertandingan ini ialah Penolong Penggawa Desasiswa Tekun iaitu Dr. Hasanah Abd Khafidz, Pn. Siti Hawa Mat Junoh dan En. Mohd Zain Dollah. Mereka menilai para peserta dengan penuh teliti daripada pelbagai aspek bagi memilih bakal wakil Tekun yang berbakat dan hebat dalam berpantun. Setelah para peserta bertanding dan bertungkus lumus berusaha dalam pertandingan ini, akhirnya para juri sepakat untuk memilih 4 orang yang berbakat iaitu Muhammad Fadhirul Anuar Bin Mohd Azami, Nurul Illiyani Binti Mohd Nasir, Muhammad Zaki Bin Mohd Nasir, Norlaily Binti Mohd Sanusi. Mereka mewakili Tekun dalam Pertandingan PADU di USM Kubang Kerian dengan harapan agar gelaran juara PADU sidang 2012/2013 adalah hak milik Tekun.

 padu121

Pertandingan PADU

Pertandingan Padu telah diadakan pada 8 Mac hingga 10 Mac 2013 yang lepas di USM Kubang Kerian, Kelantan. Pertandingan ini telah dijalankan serentak dengan Sukad ke-2. Desasiswa Tekun telah menghantar pemantun-pemantun yang cukup hebat dan berbakat. Mereka mewakili Tekun untuk bersaing dengan pemantun-pemantun dari desasiswa-desasiswa yang lain bagi merebut gelaran juara PADU sidang 2012/2013. Para peserta dan Pengurus pasukan Padu Tekun telah memberikan sepenuh komitmen serta bekerja keras untuk menjayakan pertandingan ini. Alhamdullilah dan syukur, setelah berhempas pulas dalam pertandingan ini, pemantun-pemantun Tekun telah berjaya mara suku akhir. Walaupun tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya, tetapi pemantun-pemantun Tekun telah membuatkan Desasiswa Tekun dan para penghuninya bangga kerana memiliki pemantun-pemantun yang hebat. Semoga pada Pertandingan PADU sidang hadapan Tekun akan akan menjadi juara dan terus melahirkan pemantun-pemantun yang hebat dan berbakat.

 padu122

KETEKUNAN ASAS KEUNGGULAN