Mini Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Sidang 2012/2013

 

minitot1

Mini Temasya Olahraga (Mini TOT) anjuran MPD Tekun sidang ini adalah yang paling berjaya! Itulah komen Penggawa Desasiswa Tekun, Dr. Nazarudin Zainun semasa ucapan perasmian acara tahunan Desasiswa Tekun ini. Selepas ucapan, gimik perasmian dilancarkan dengan menampilkan maskot rasmi Desasiswa Tekun ialah harimau. Dr. Nazarudin, penolong –penolong penggawa dan Felo kemudiannya bersama-sama dengan sekretariat serta para peserta membuat ‘Warm Up’ dengan melakukan tarian poco-poco dan senamrobik.  Acara bermula kira-kira pukul 8.30 pagi. Acara ini telah berjaya menarik kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada penghuni Desasiswa Tekun sendiri.

Acara tahunan anjuran MPDT  ini bertujuan untuk menggilap bakat-bakat baru dalam pelbagai acara sukan padang dan trek, di samping untuk memilih wakil Desasiswa Tekun ke Temasya Olahraga Tahunan (TOT) USM yang akan diadakan pada tahun hadapan. Persediaan rapi telah bermula semenjak daripada awal sidang akademik untuk memastikan semua perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar. Acara Mini TOT ini juga telah mendapat tajaan rasmi daripada minuman isotonik terkenal iaitu 100plus.

Antara acara yang dipertandingkan dalam Mini TOT kali ini ialah 100m, 200m, 400m, 800m, 1500m, 4x400, rejam lembing, lontar peluru, lompat kijang, lompat jauh, lempar cakera serta  lompat tinggi. Kesemua acara dilangsungkan di Stadium Olahraga USM dan bermula pada pukul 8.00 pagi. Para pengadil terdiri daripada sekretariat Mini TOT  sendiri. Pihak Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) USM turut membantu dalam menjayakan program ini dari awal sehingga akhir.

Semua acara berakhir pada pukul 1.00 tengahari dengan upacara penyampaian pingat kepada para pemenang oleh Penggawa dan penolong-penolong penggawa.  Pihak MPDT mengucapkan sekalung tahniah kepada para pemenang atas kecemerlangan masing-masing dan mereka akan menjadi wakil Desasiswa Tekun ke Temasya Olahraga Tahunan (TOT) USM nanti. Pihak pengurusan dan MPDT berharap agar Desasiswa Tekun dapat meraih sebanyak pingat emas yang boleh dalam temasya itu nanti demi menjulang nama Desasiswa Tekun di persada sukan USM.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

“KETEKUNAN ASAS KEUNGGULAN”

 minitot2

Untuk melihat pelbagai aksi yang menarik yang berlaku semasa Mini TOT? Sila Klik link dibawah

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.105239762977034.12849.100004730311040&type=1

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.449657238415954.94993.100001150452705&type=3