Temasya Olahraga Tahunan Ke 41
Temasya Olahraga Tahunan USM merupakan acara yang diadakan setiap tahun melibatkan keseluruhan warga USM yang terdiri Mahasiswa,mahasiswi dan staf dari Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan. Desasiswa Tekun telah mendapat tempat 3 keseluruhan kerana berjaya merangkul 5 Emas dan 6 Gangsa. 5 Emas yang dibawa pulang ialah dari acara 400m lari berpagar lelaki dan perempuan, 4x400m perempuan, 100m lari berpagar perempuan dan 5000m jalan kaki lelaki. Manakala, 6 Gangsa yang dibawa pulang ialah dari acara lompat jauh perempuan, 2 dari 5000m lelaki, rejam lembing lelaki, tarik tali perempuan, dan 4x100m perempuan.