Aluan Penggawa Desasiswa Tekun

UCAPAN ALU-ALUAN PENGGAWA DESASISWA TEKUN

rais111

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Selamat datang ke laman web rasmi Desasiswa Tekun!

Sebagai Penggawa Desasiswa Tekun, saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua pelajar baharu serta warga desasiswa yang sedia ada ke komuniti yang dinamik ini. Desasiswa Tekun bukan sekadar tempat tinggal, tetapi merupakan rumah kedua yang menyediakan persekitaran kondusif untuk kehidupan dan pembelajaran sepanjang berada di universiti.

Di sini, kami amat menekankan semangat kekeluargaan, disiplin, dan kecemerlangan dalam akademik serta kokurikulum. Pelbagai program dan aktiviti dianjurkan bagi membentuk keperibadian unggul serta melahirkan mahasiswa yang berdaya saing, berdisiplin, dan berdaya tahan. Kami juga sentiasa bersedia membantu dan menyokong keperluan para penghuni demi memastikan kesejahteraan bersama.

Saya berharap semua penghuni dapat memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan serta menjalin hubungan baik antara satu sama lain. Bersama-sama, marilah kita mencipta pengalaman yang bermakna dan membina kenangan indah sepanjang berada di Desasiswa Tekun.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga desasiswa. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi setiap langkah kita.

Sekian, terima kasih.

PENGGAWA
Dr. Abdul Rais Bin Abdul Latiff

Sustainability Orders and Policies

Embedding sustainability in institutional arrangement,

At our university, our mission is to lead by example, setting sustainability at the heart of our institutional arrangement and promoting a harmonious coexistence with the environment.

Integrate sustainability culture into the core governance system of the university to create an enabling environment within which all the other components operate efficiently.

Refer: USM Sustainability Policy 2014 (Revise 2024) 

Hebahan TNC JIM Peringatan Larangan Plastik Page 1

Hebahan TNC JIM Peringatan Larangan Plastik Page 2

bringyourowncontainer

ewaste tong sampah

reduce carbon

water waster

sisa2 2

action no plastic

alternative plastic use

reuse envelope

 

 

 

 

Polisi Keselamatan dan Privasi Dasar

POLISI KESELAMATAN DAN PRIVASI DASAR
Terima kasih kerana mengunjungi laman web Desasiswa Tekun, Universiti Sains Malaysia.

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Maklum Balas, Pertanyaan atau Aduan
Universiti Sains Malaysia amat mengalu-alukan maklumbalas anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam laman web ini, sila maklumkan melalui ruangan Maklum Balas kami. Maklumbalas, pertanyaan atau aduan anda akan diajukan kepada pihak yang berkenaan.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.