Peta ke Tekun

Latitud Desasiswa Tekun, Universiti Sains Malaysia ialah: 5.356042, 100.292087

Dari Jambatan Pulau Pinang, sila ikut papan tanda bertulis 'USM'

 

Dalam kawasan USM, Desasiswa Tekun terletak dalam Kompleks Restu Saujana Tekun, iaitu berhampiran pintu yang dikenali sebagai 'pintu belakang' atau 'pintu sebelah Padang Kawad'.

 

Sumber: maps.google.com

Lihat juga: http://maps.usm.my/campus/

 

 

Jabatan Keselamatan

Jika ada perkara yang mencemaskan dan pihak pengurusan tidak dapat dihubungi, sila hubungi Jabatan Keselamatan dengan segera!

No. utama: 04 653 4333 >>Kaunter Jabatan Keselamatan

atau 04 653 4330 / 04 653 4434

atau 04 653 2037 >> Pos Keselamatan Kompleks RST

Antara masalah yang boleh diadukan adalah seperti:

  • Ternampak aktiviti yang mencurigakan & mencemaskan seperti ada penceroboh, pencuri, penjenayah dll.
  • Sakit yang memerlukan bantuan segera termasuk memerlukan ambulan.
  • Kehilangan barang peribadi.
  • Kebakaran, banjir, tanah runtuh, bangunan retak dsb.
  • Bekalan elektrik terputus (black-out), paip bocor.
  • Aktiviti berkaitan seksual
  • Sebarang bentuk ancaman, peras ugut, buli dll.

Jabatan Keselamatan telah beroperasi sekian lama dari tahun 1969. Para staf yang berdedikasi sedia berkhidmat 24 jam tidak mengira masa,waktu dan ketika. Justeru itu,jika sebarang masalah timbul, pelajar hendaklah berhubung terus dengan talian hotline Jabatan Keselamatan iaitu 04-6534333. Pakaian semasa berurusan mestilah sopan. Tindakan akan dikenakan kepada staf atau pelajar yang melanggar peraturan yang sedia ada ada.

 Para pelajar diingatkan supaya sentiasa berkeadaan bersiap sedia untuk menghadapai apa jua kemungkinan yang datang untuk mengelakkan musibah yang datang lebih teruk. Justeru itu, nombor-nombor untuk dihubungi sentiasalah update di dalam telefon setiap pelajar kerana ia berguna apabila anda berada dalam keadaan kecemasan.

Janganlah dibiarkan/diabaikan kerana beringat itu lebih baik daripada mencari penawar apabila datangnya musibah.

Pentadbiran dan Sokongan

 

 

 photo khusaini

 

  PENOLONG PEGAWAI TADBIR

  MOHAMAD KHUSAINI JAMALUDDIN

Pelaksana5.jpg

PEMBANTU TABDIR (PERKERANIAN/OPERASI)

ENCIK RAZIF RAHMAT

 photo_n_athirah.jpg

 

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

CIK NURUL ATHIRAH BINTI IZAM

 

 

FIRDAUS.jpg

 

PENYELIA ASRAMA 

ENCIK FIRDAUS MERICAN YUSOFF SHAFEE MERICAN

 

Pelaksana8.jpg

 

PEMBANTU AWAM

ENCIK AHMAD FARHAN SAHIDAN

 taufik.png  PEMBANTU AWAM

ENCIK MUHD TAUFIK AMIR

amirul_omar.jpg

 PEKERJA AWAM

ENCIK MOHD AMIRUL OMAR

 

 photo ri

 

PEMBANTU AWAM (KONTRAK) 

MOHAMAD IZWAN HAFIZ SAMSUDIN

 

 photo izwan hafiz

 

 

PEMBANTU AWAM (KONTRAK)

MUHAMMAD RIDZUAN BUKHARI

 

 

 

 

 

Bilik Pelajar

Kamar penghuni dilengkapkan dengan meja belajar,lampu belajar dan katil serta perabot untuk menyimpan pakaian dan peralatan.

bilikpelajar3   bilikpelajar1

Kamar penghuni dilengkapkan dengan meja belajar,lampu belajar dan katil serta perabot untuk menyimpan pakaian dan peralatan.

bilikpelajar2    bilikpelajar4

Almari yang disediakan mempunyai 2 pintu dan drower  berkunci. Disediakan tong sampah bilik,cermin,penyidai kain tuala.

Para pelajar dikehendaki menjaga kebersihan bilik masing-masing. Tilam mesti bercadar. Percanggahan dengan disiplin membolehkan pihak pengurusan mengenakan denda sebanyak RM50.00

Kafetaria

Kemudahan di kafeteria yang terdapat di Desasiswa Tekun hampir sama dengan kafeteria-kafeteria yang ada di dalam Universiti Sains Malaysia. Antaranya adalah:-

  • Kedai Serbaneka/Mini Mart.
  • Kafeteria Makanan Ringan dan Makanan Berat turut terdapat disini. Antara menu harian yang disediakan di kafe ini adalah masakan panas, nasi campur bersama pelbagai jenis lauk-pauk, nasi ayam, nasi kerabu, sizzling, western, minuman dan sebagainya. Kafe ini dibuka dari jam 9.30 pagi hingga ke jam 10.00 malam.
  • Kafeteria yang menyajikan nasi kampung turut terdapat disini. Kafe ini beroperasi dari jam 12.00 tengahari sehingga jam 9.00 malam. Pelbagai jenis lauk pauk tempatan disediakan disini untuk pelajar nikmati.