Kata aluan YDP MPDT sidang 2019/2020

Kata aluan YDP MPDT sidang 2019/2020

dp ydp

 

 

Assalammualaikum W. B. T dan salam sejahtera. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi ruang untuk berbicara sepatah dua kata dalam laman sesawang Desasiswa Tekun, Universiti Sains Malaysia. Terima kasih saya ucapkan kepada Penggawa Desasiwa Tekun, Prof Madya Dr Nazarudin Zainun, para penolong penggawa dan pihak pengurusan Desasiswa Tekun yang memberi saya kepercayaan untuk mengetuai organisasi ini. Tidak dilupakan, tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan Majlis Tertinggi, Exco dan Pembantu Exco yang telah dilantik secara rasmi sebagai ahli Majlis Penghuni Desasiswa Tekun, Sidang Akademik 2019/2020. 

Selama 15 tahun mengorak langkah, Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) semakin giat aktif dalam pengurusan desasiswa dan universiti. Pelbagai perubahan dan penambahbaikan dari sistem kepimpinan, kebajikan dan pengurusan pelajar serta kejayaan yang berlaku dalam tempoh ini. Saya berasa bangga atas kejayaan dan pencapaian yang diraihSebagai sebuah organisasi yang dikenali dan sentiasa menjadi perbualan di bibir mahasiswa Universiti Sains Malaysia, menyebabkan rasa tanggungjawab dan amanah untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Selaras dengan visi MPDT iaitu sebagai sebuah organisasi yang terurus, berstruktur dan stabil dalam menguruskan hal-hal organisasi menjelang tahun 2020 hampir tercapai dengan kerahan tenaga dan usaha dari mantan-mantan ahli MPDT. 

Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi, MPDT mengajar saya untuk sentiasa meningkatkan kemahiran asas dalam menguruskan organisasi serta komunikasi yang jelas antara ahli MPDT. Sidang ini, bersama-sama keluarga besar MPDT akan berusaha untuk menjaga kebajikan para penghuni dengan menyediakan kemudahan dan menambahbaik bilik-bilik fasiliti yang terdapat di Desasiswa Tekun. Malah, saya juga ingin menerapkan budaya kesepakatan dalam membuat keputusan dalam diri semua ahli MPDT. Harapan agar ahli MPDT akan memberi komitmen yang tinggi dan sentiasa bekerjasama membanting tulang menjaga kebajikan para penguni serta membina nama Desasiswa Tekun bukan sahaja dalam Universiti Sains Malaysia malah diperingkat kebangsaan dan antarabangsa pada masa hadapan. Selaras dengan moto MPDT iaitu “Menerajui Kepimpinan Masa Hadapan”, sedaya upaya saya terapkan rasa tanggungjawab yang berat ini dalam diri ahli MPDT. 

 Akhir kata, saya turut menyeru para penghuni Desasiswa Tekun untuk turut serta menyertai dan menyokong program-program yang dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Tekun  yang mampu memberi impak yang positif dalam diri anda. Sebarang masalah dan aduan yang terdapat di Desasiswa Tekun, haruslah disalur di saluran yang betul dan ahli MPDT turut menjadi salah satu platform untuk memudahkan urusan anda. Tidak dilupakan, sentiasa dapatkan info-info terkini dari Majlis Penghuni Desasiswa Tekun melalui laman media sosial kami iaitu FacebookMajlis Penghuni Desasiswa Tekun dan Instagram@mpdtekun.  

 

Sekian, terima kasih. 

“KETEKUNAN ASAS KEUNGGULAN” 

“Menerajui Kepimpinan Masa Hadapan” 

 

Yang diberi amanah, 

Nurina Afiqah binti Mohd Noor 
Yang Dipertua 
Majlis Penghuni Desasiswa Tekun 
Sidang Akademik 2019/2020 
Universiti Sains Malaysia 

 

FITNESS IN COLUMBIA

Saya Faiqah Binti Azmi selaku pengarah projek “Fitness In Colombia” ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) dan juga sekretariat yang terlibat dalam menjayakan program pertama MPDT untuk sidang 2017/2018. Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang patut diberikan kepada peserta-peserta Fitness In Colombia yang sanggup menghadirkan diri ke program malah sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan dan memberangsangkan. Diharap agar projek-projek yang akan dijalankan oleh MPDT pada masa akan datang akan terus mendapat sambutan daripada pelajar USM sekalian.

123622533 1475580482558170 8140864149147726922 n23659461 1475581725891379 3730734199265468706 n23755248 1475582112558007 1829501473610544542 n

SUKAD Fasa 1, 2, dan 3 2016/2017

SUKAD merupakan aktiviti sukan tahunan bagi Universiti Sains Malaysia dipertandingkan antara desasiswa merangkumi semua kampus iaitu kampus induk, kampus kejuruteraan dan kampus kesihatan. Objektif utama SUKAD adalah menggilap dan mencungkil bakat penghuni Desasiswa Tekun dalam acara sukan, melahirkan atlet Tekun dan desasiswa yang lain. Sebanyak lima acara dipertandingkan pada SUKAD fasa 1 yang berlangsung di Kampus Induk, iaitu badminton, ping pong, bola sepak, bola baling, dan petanque. Desasiswa Tekun berjaya merangkul emas dalam acara petanque.

small

Atlet Ping Pong Perempuan Desasiswa Tekun

1

Atlet Bola Baling Perempuan Desasiswa Tekun

petanque

Atlet Petanque Lelaki dan Perempuan Desasiswa Tekun

badminton

Atlet Badminton Lelaki Desasiswa Tekun

baling

Atlet Bola Baling Lelaki Desasiswa Tekun

bola sepak

Atlet Bola Sepak Desasiswa Tekun

SUKAD Fasa 1, 2, dan 3 2016/2017

SUKAD merupakan aktiviti sukan tahunan bagi Universiti Sains Malaysia dipertandingkan antara desasiswa merangkumi semua kampus iaitu kampus induk, kampus kejuruteraan dan kampus kesihatan. Objektif utama SUKAD adalah menggilap dan mencungkil bakat penghuni Desasiswa Tekun dalam acara sukan, melahirkan atlet Tekun dan desasiswa yang lain. Sebanyak lima acara dipertandingkan pada SUKAD fasa 1 yang berlangsung di Kampus Induk, iaitu badminton, ping pong, bola sepak, bola baling, dan petanque. Desasiswa Tekun berjaya merangkul emas dalam acara petanque.

small

Atlet Ping Pong Perempuan Desasiswa Tekun

1

Atlet Bola Baling Perempuan Desasiswa Tekun

petanque

Atlet Petanque Lelaki dan Perempuan Desasiswa Tekun

badminton

Atlet Badminton Lelaki Desasiswa Tekun

baling

Atlet Bola Baling Lelaki Desasiswa Tekun

bola sepak

Atlet Bola Sepak Desasiswa Tekun