SUKAD Fasa 1, 2, dan 3 2016/2017

SUKAD merupakan aktiviti sukan tahunan bagi Universiti Sains Malaysia dipertandingkan antara desasiswa merangkumi semua kampus iaitu kampus induk, kampus kejuruteraan dan kampus kesihatan. Objektif utama SUKAD adalah menggilap dan mencungkil bakat penghuni Desasiswa Tekun dalam acara sukan, melahirkan atlet Tekun dan desasiswa yang lain. Sebanyak lima acara dipertandingkan pada SUKAD fasa 1 yang berlangsung di Kampus Induk, iaitu badminton, ping pong, bola sepak, bola baling, dan petanque. Desasiswa Tekun berjaya merangkul emas dalam acara petanque.

small

Atlet Ping Pong Perempuan Desasiswa Tekun

1

Atlet Bola Baling Perempuan Desasiswa Tekun

petanque

Atlet Petanque Lelaki dan Perempuan Desasiswa Tekun

badminton

Atlet Badminton Lelaki Desasiswa Tekun

baling

Atlet Bola Baling Lelaki Desasiswa Tekun

bola sepak

Atlet Bola Sepak Desasiswa Tekun

Watikah Majlis Pembubaran dan Perlantikan MPDT 2015

Majlis Penghuni Desasiswa Tekun telah mengadakan Majlis Pembubaran dan

Watikah Perlantikan MPDT bagi sidang 2015/2016. Majlis ini bertujuan bagi memberi penghargaan kepada mantan-mantan Majlis Penghuni Desasiswa Tekun sidang 2014/2015 dan memberi mandat baru kepada barisan kepimpinan yang baru bagi sidang 2015/2016.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran pihak pengurusan Desasiswa Tekun yang

menjadi pendorong utama dalam membantu dalam kepimpinan Majlis Penghuni Desasiswa Tekun.Mantan YDP bagi sidang 2014/2015 turut diundang bagi memberikan kata-kata semangat bagi kepimpinan baru sidang 2015/2016.

Berikut merupakan barisan kepimpinan baru Majlis Penghuni Desasiswa Tekun bagi sidang

2015/2016 :

Yang Di Pertua : Siti Zurianah binti Ismail

Naib Yang Di Pertua 1 : Mohamad Luqmanul Hakim bin Abd Rahman

Setiausaha Agung : NurJannah bt Yasuni

Bendahari Kehormat : Wan Nurul Syairah bt Wan Md Zain

Naib Yang Di Pertua 2 : Nur Syakilla bt Ramli

Naib Yang Di Pertua 3 : Norhalimah bt Kamaruddin

Naib Yang Di Pertua 4 : NurShafiqa Shuhada binti Mazlan Azhar

Setiausaha Kerja : Zulaika binti Muhammad

Timbalan Bendahari : Ng Yi Xiang

Ketua Hubungan Luar : Muhammad Syafiq bin Muhd Satar Yip

Tahniah diucapkan kepada kepimpinan baru sidang hadapan

Kursus Pengurusan Jenazah 2015/2016

Pada 12 Disember 2015, Majlis Penghuni Desasiswa Tekun telah menganjurkan projek Kursus Pengurusan Jenazah dengan anjuran bersama Pusat Islam USM untuk julung-julung kalinya di Dewan Muzakarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia (USM). Projek ini bertujuan memupuk nilai-nilai kemanusiaan dan membentuk golongan mahasiswa/i yang dapat berbakti kepada masyarakat melalui ilmu yang dipelajari serta mewujudkan sikap kerjasama dan bertanggungjawab antara para pelajar Universiti Sains Malaysia.

Kursus ini mempunyai dua sesi iaitu sesi teori dan sesi pratikal ( mandi kering). Para pelajar telah diberi tatacara mengurus jenazah sebelum,semasa dan selepas. Selepas itu, sesi praktikal ( mandi kering) telah dijalankan. Kursus ini telah mendapat sambutan daripada para pelajar USM seramai 100 orang.

Natijahnya, projek ini adalah berjaya dan mendapat perhatian daripada para pihak dalam dan luar USM. Diharapkan projek ini pada sidang-sidang depan mendapat sambutan dan penyertaan daripada lebih banyak persatuan anak negeri.

12345623 10204117629701146 7459526747728021006 n

SUKAD FASA 1, 2 dan 3 2015/2016

 Syabas dan segulung tahniah kepada para atlet, Majlis Penghuni Desasiswa Tekun dan ahli jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan program Sukan Antara Desasiswa (SUKAD) Fasa 1 bagi tahun 2015. SUKAD merupakan aktiviti sukan tahunan bagi Universiti Sains Malaysia dipertandingkan antara desasiswa merangkumi semua kampus iaitu kampus induk, kampus kejuruteraan dan kampus kesihatan. SUKAD merupakan batu loncatan bagi atlet Tekun bagi menyerlahkan bakat di pentas yang sebenar. Objektif utama SUKAD adalah menggilap dan mencungkil bakat penghuni Desasiswa Tekun dalam acara sukan, melahirkan atlet Tekun yang berkualiti untuk ke peringkat seterusnya seperti universiti dan negara dan merapatkan hubungan antara penghuni Tekun dan penghuni desasiswa lain. Sukad fasa pertama telah berlangsung pada  27, 28 dan 29 November 2015 di Kampus Induk,USM. Sebanyak lima acara yang dipertandingkan  iaitu badminton, ping pong, bola sepak,tenpin boling dan bola jaring. Namun nasib tidak menyebelahi desasiswa Tekun kerana tidak merangkul sebarang emas tetapi semangat yang ditunjukkan oleh para atlet jelas menggambarkan masih ada harapan bagi desasiswa Tekun untuk merebut kembali emas pada sidang berikutnya. Berikut merupakan keputusan SUKAD Fasa 1:

PERMAINAN KEPUTUSAN
TENPIN BOLING LELAKI PERAK
BOLA JARING GANGSA
BOLA SEPAK SEPARUH AKHIR
PING PONG PEREMPUAN SEPARUH AKHIR
TENPIN BOLING PEREMPUAN TEMPAT KEEMPAT
BADMINTON LELAKI SUKU AKHIR
BADMINTON PEREMPUAN PERINGKAT KUMPULAN
PING PONG LELAKI PERINGKAT KUMPULAN

 BOLAJARING     BOLA           PINGPONGL                 PINGPONGP

   PASUKAN BOLAJARING                  PASUKAN BOLA SEPAK           PASUKAN PING PONG PEREMPUAN             PASUKAN PING PONG LELAKI 

BADMINTON  

PASUKAN BADMINTON LELAKI