IT IS STUDY WEEK!!

It is Study Week!!

Majlis Penghuni Desasiswa Tekun would like to wish all the best on the coming final exam.

Be sure to study hard and ace those exams. Manage your time wisely, study smart, eat and sleep on time. Start now so that you won't have any regrets later on. If you think you can do it, you can. Keep focused. We are almost done. Finish strong!

#MPDT2020/2021
#PumpItUpTekun
#TekunUsm
#TekunSayangKorang
#TekunStyle 

142373673_3732730310176498_7600261661778307615_n.jpg

ASPIRE TO INSPIRE GIVEAWAY

ASPIRE TO INSPIRE GIVEAWAY ?
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera & Salam #TehTarikSatu
‼️ SILA BACA SAMPAI HABIS ‼️
Khas kepada semua peserta yang telah mendaftar & menyertai program Sembang Teh Tarik ☕️ pada 22 Januari 2021 yang lalu.
Masihkah anda ingat akan giveaway yang diperkatakan sebelum program Sembang Teh Tarik berakhir ?
Ya, kami ingin menghadiahkan seutas jam tangan berjenama G-SHOCK kepada pemenang yang bertuah !!! ??
Macam mana nak sertai?
1. Muatnaik 1 gambar atau video yang menunjukkan anda terinspirasi dengan panel jemputan Sembang Teh Tarik (STT).
2. Pastikan gambar atau video yang dihantar disertakan bersama kapsyen yang memaparkan anda telah terinspirasi .
3. Jangan lupa untuk gunakan hashtag #TehTarikSatu dalam post tersebut.
? Giveaway ini akan berlangsung mulai 10 Februari 2021 sehingga 12 Februari 2021.
Pemenang yang bertuah akan diumumkan selewat-lewatnya pada 19 FEBRUARI 2021 ✨
Untuk Maklumat Lanjut,
Sila hubungi;
Hafizi : 017-8808685
Hidayah : 018-3144225
Semoga berjaya !! ✊?
146550846_3771017876347741_4259234038533185499_o.jpg
147175496_3771017936347735_1371705488608505777_o.jpg
146591510_3771018046347724_4159917922918144160_o.jpg

SEMBANG TEH TARIK ASPIRE TO INSPIRE

WhatsApp Image 2021-01-29 at 1.51.58 PM.jpeg

[SEMBANG TEH TARIK: ASPIRE TO INSPIRE]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Penghuni Desasiswa Tekun akan menganjurkan program diskusi Sembang Teh Tarik: Aspire to Inspire ☕ bersama moderator En Jerry Yacob dan panel jemputan :

1. Dr Siti Khayriyyah Hanafiah
(Komunikator Sains Terbaik Dunia di Famelab International Competition 2018)
2. Prof Madya Dr Mohd Hafizal Mohd Isa
(Pemenang Anugerah Inovasi 2020)

Pada ketetapan berikut:

?️ Tarikh: 22 Januari 2021 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.30 malam - 11 malam
? Tempat: Webex dan Facebook Live Majlis Penghuni Desasiswa Tekun

Kami berbesar hati menjemput semua mahasiswa/i USM dan IPT seluruh negara bagi menghadiri program ini.

Pendaftaran adalah percuma dan boleh dibuat melalui pautan Google Form berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeArYWuHBQI_hioGcZjJ1azZQUOtV06mbXooKT_aLfbC6CvHg/viewform

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi

? Sarah Najwa (011-10528269)
? Nurul Iman (011-10922425)
? Luqman (012-2312719)

---------------------------------------
✨MyCSD disediakan kepada peserta yang mengikuti program secara sepenuh masa. ✨
---------------------------------------

PENCARIAN QARI DAN QARIAH MTQ 2020/2021

WhatsApp Image 2021-01-29 at 1.51.32 PM.jpeg

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Tekun Sayang Korang ?

"Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya." (Hadis Riwayat Muslim)

▶️ Anda selalu membaca al-Quran tetapi tidak mengetahui alunan tarannum❓
▶️ Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai alunan tarannum dalam bacaan al-Quran❓
▶️Pernahkah anda mempelajari alunan-alunan tarannum tersebut❓

Kalau pernah, ayuh mantapkan lagi penguasaan anda. Jika belum, mari sama-sama tambah ilmu dan pengetahuan baharu dalam bidang ini✨

Untuk makluman semua, Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) Sidang Akademik 2020/2021 akan menjalankan Latihan Tilawah al-Quran secara atas talian khas buat penghuni Desasiswa Tekun yang berminat untuk mendalami ilmu tarannum.

Latihan ini bukan sahaja bertujuan mencari dan melatih para qari dan qariah yang bakal mewakili Desasiswa Tekun ke Majlis Tilawah al-Quran, namun ia juga bermatlamat untuk mendedahkan dan meningkatkan penguasaan penghuni terhadap ilmu tarannum dan tajwid di samping menyuburkan rasa cinta akan al-Quran.

Usah ditunggu lagi. Marilah sama-sama sertai kami dengan mengisi Google Form di bawah:

https://forms.gle/moWqUv2DNEH1VpTs5

❗❗Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Januari 2021, jam 8:00 malam.

Diharapkan dengan usaha murni ini, kita dapat menjunjung martabat al-Quran sebagai kitab agung dan sama-sama berjuang untuk mengharumkan nama Desasiswa Tekun dalam arena Tilawah al-Quran???

Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Saudari Sarah Najwa, Pengurus Pasukan MTQ Tekun bagi sidang ini di talian 0111-0528269

"Al-Quran Nadi Transformasi Ummah."

Sekian, terima kasih.

#PumpItUpTekun
#TekunNo1
#TekunSayangKorang

PENCARIAN PENDEBAT TEKUN 2020/2021

WhatsApp Image 2021-01-29 at 1.51.00 PM.jpeg

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Tekun Sayang Korang ?

“Warga dewan yang bersidang, Ini bukan medan persilatan diksi dan retorika bahasa, Ini pentas kita berhujah tepat lagi nyata. Maka sebelum itu,terima kasih tuan yang dipertua,perwakilan kerajaan,perwakilan pembangkang,serta ahli dewan yang bersidang pada hari ini,terima kasih buat semua.”

?Anda mempunyai bakat untuk bercakap?!
?Anda berminat untuk berdebat?!
?Anda mempunyai pengalaman dalam berdebat?!
?Anda gemar berdebat, tetapi tiada peluang ?!
?Anda pernah menjadi pendebat sebelum ini ?!

Kalau “PERNAH” , ayuh mantapkan lagi penguasaan anda. Jika “BELUM” , jom sama-sama tambah ilmu dan pengetahuan baharu dalam bidang ini✨.

Untuk makluman semua, Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) Sidang Akademik 2020/2021 akan menjalankan Latihan Debat secara atas talian khas buat penghuni Desasiswa Tekun yang berminat untuk mendalami ilmu Perdebatan.

Usah ditunggu lagi. Marilah sama-sama sertai kami dengan mengisi Google Form di bawah:

https://forms.gle/moWqUv2DNEH1VpTs5

❗❗Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Januari 2021, jam 8:00 malam.

Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Saudari Puteri Nasuha, Pengurus Pasukan DPNC Tekun bagi sidang ini di talian 0164476631.

Di sinilah platfom untuk anda serlahkan bakat anda ‼️‼️
“Marilah kita bersama-sama pertahankan kejuaraan Debat Piala Naib Canselor (DPNC) buat Tekun.”???

#PumpItUpTekun
#TekunNo1
#TekunSayangKorang